ASYIK makan makanan nusantara je, sesekali cuba pula resipi western kan.

Resipi Nachos daging berkeju ini sangat mudah disediakan kerana ambil masa tak sampai 30 minit pun.

Nachos ini boleh dihidangkan dengan macam-macam cara, ada yang nachos dip sos salsa, dip sos keju dan sebagainya.

Sebenarnya resipi nachos ni kena ikut kreativiti masing-masing.

Jika beli yang dah siap, mahal juga. Buat sendiri, lebih jimat dan puas makan anak beranak.

Mari kita cuba buat ikut resipi perkongsian Juwita Afifah ini.

Bahan yang nak guna pun senang dapat, cara buat pun nampak begitu mudah.

Bahan-bahan:

  • Bawang holland – dicincang halus
  • Bawang putih – dicincang halus
  • Lobak merah – dicincang halus
  • Capsicum – dicincang halus
  • Daging cincang (boleh guna daging burger)
  • Sos/tomato puree
  • Tomato – dipotong dadu
  • Mozarella cheese

Artikel berkaitan: Roti sosej cheese leleh simple… alahai sedapnya!

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang holland, bawang putih sampai masak dan kekuningan. Masukkan pula lobak merah dan capsicum. Kacau-kacau seketika.

2. Masukkan daging cincang, sos dan tomato puree. Biarkan sehingga daging masak dan kering airnya. Last sekali baru masukkan tomato. Biarkan sejuk.

3. Sambil-sambil tunggu daging sejuk, parut kejut. Saya guna keju mozarella dan beli jenis blok, sebab yang blok lebih murah. Haha

Iklan

4. Susun nachos dalam tray. Nachos ni beli yang dah siap kat pasar raya. Sambil tu panaskan oven ye. Api atas je. Sebab cuma nak cairkan keju.

5. Taburkan daging atas nachos tadi dan seterusnya taburkan keju yang diparut pula.

6. Masukkan dalam oven bersuhu 180 selama 5 minit je tau. Periksa kalau keju dah cair maka siap!

Iklan

Selamat mencuba semua resipi Nachos keju daging simple yang sedap hingga menjilat jari ni!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Juwita Afifah