Nasi goreng cili kering versi opah... Aduhai simple dan sedap

Nasi goreng cili kering versi opah... Aduhai simple dan sedap
Nasi goreng cili kering versi opah... Aduhai simple dan sedap
A
A
A

BILA sebut sahaja nasi goreng, sudah terbayang-bayang kesedapan menikmatinya ketika panas-panas.

Lagi-lagilah kalau nasi goreng versi opah yang buatkan kan?

Kali ini SinarPlus kongsikan resipi nasi goreng cili kering opah yang simple dan sedap.

Untuk menambahkan kelazatannya lagi, kita goreng pakai planta atau marjerin... fuhh! memang tak cukupla sepinggan.

Bahan-bahan:

1)Nasi 3 cawan

2)Bawang besar 1 biji (tumbuk)

3)Bawang putih 3 ulas(tumbuk)

4)Ikin bilis (tumbuk)

5)Cili kering (7 batang rebus/tumbuk)

6)Belacan 1 inci (tumbuk)

7)Telor 2 biji

8)Garam

9)Perasa

10) Kalau nak tambah sayur /daging/udang pon boleh

Artikel berkaitan: Nampak simple ikan masin goreng ini…bila dah rasa 2 pinggan nasi pun tak cukup!

Cara-caranya :

1) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sampai garing menggunakan planta (minyak pun boleh)

2) Pecahkan telur dan selepas itu, masukkan nasi.

3) Letak garam & perasa

Siap untuk dinikmati! Jomla mencubanya.. semoga bermanfaat!

Kredit Resepi : Ayong Farah via MAHN

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca