NASI goreng adalah menu selamat untuk korang yang tidak sempat untuk menyediakan lauk.

Jika korang sudah bosan dengan menu gorengan yang biasa-biasa, bolehlah cuba resipi nasi goreng ikan rebus ini.

Kepingan manis-manis rasa isi ikan digaul bersama nasi yang enak memang mengikat selera.

Ayuh, jangan tunggu lagi. Boleh dihidangkan bersama ulaman serta sesuai dinikmati pagi, petang atau makan malam.

Bahan-bahan:

  • 2 atau 3 ekor ikan kembung rebus (gorengkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja)
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 tangkai cili besar merah *
  • 4 tangkai cili padi * (suka pedas letak lebih)
  • 1/2 inci belacan *
  • Secubit ikan bilis *
  • 1 biji telur
  • Lobak – potong memanjang
  • Kubis – hiris sederhana nipis
  • Secubit garam
  • Sedikit pati ikan bilis

Tumbuk lumat bahan bertanda *

Korang juga boleh mencuba resipi ayam masak cili kering style cina muslim

Cara-cara :

1. Tumiskan bawang besar hingga harum.

2. Masukkan bahan tumbuk dan tumiskan lagi hingga kekuningan. Masukkan lobak dan kaup balikkan seketika.

Iklan

3. Masukkan pula nasi dan gaul rata. Letakkan pati ikan bilis dan garam.

4. Bila nasi dah rata dengan semua bahan, letakkan pula kubis dan isi ikan rebus.

Iklan

5. Kacau lagi, masak dan gaul rata hingga semuanya jadi sebati. Kemudian buatkan lubang di tengah-tengah nasi dan pecahkan sebiji telor. Biarkan seketika barulah gaul rata dengan nasi.

Siap! Selamat mencuba.