NASI GORENG adalah satu hidangan lengkap yang menjadi kegemaran orang Asia. Ia kebiasaannya dijadikan sajian untuk sarapan pagi yang berat.

Bercakap mengenai nasi goreng, di Malaysia terdapat pelbagai resipinya. Ada yang diperturunkan dari nenek moyang. Bahkan ada juga yang menggunakan bahan-bahan baharu wujud di pasaran.

Lazimnya setiap resipi nasi goreng menggunakan nasi putih. Ia kemudian digoreng bersama perencah lain seperti bawang dan cili serta tidak ketinggalan telur atau ayam sebagai sumber protein.

Apa kata, kali ini kita cuba resipi nasi goreng baharu dari Indonesia diberi nama Ping Coombes yang dihidangkan bersama sate ayam.

Bahan-bahan nasi goreng

150g udang raja mentah, dikupas dan dihancurkan
60gm kacang panjang, potong kecil
400gm nasi putih
2 sudu besar kicap, ditambah dengan hidangan tambahan
Pekatan asam jawa
½ sudu teh gula
Garam dan lada hitam
4 biji telur
Keropok udang
Daun ketumbar

Baca juga: Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap

Bahan-bahan sambal belacan
2 biji cili merah, dicincang
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
½ sudu teh udang
Minyak masak

Bahan-bahan sate ayam
300gm dada ayam tanpa tulang, potong kecil
2 sudu besar santan
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak

Cara penyediaan

1. Campurkan bahan perapan sate ke dalam mangkuk. Masukkan kepingan ayam, tutup dengan pembalut makanan. Perapkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan ayam dari peti sejuk 20 minit sebelum dimasak dan cucuk ia pada lidi sate.

2. Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah Celcius. Sapukan sate ayam dengan minyak dan goreng dalam kuali selama tiga hingga empat minit pada setiap permukaan. Angkat dan masukkan ke dalam ketuhar untuk mengekalkan kepanasannya.

Iklan

3. Kisar bahan-bahan sambal belacan dengan sesudu besar minyak sayur hingga hancur. Panaskan dua sudu besar minyak masak dalam kuali dan goreng pes selama lima minit. Pastikan ia digoreng sehingga wangi dan pecah minyak.

4. Masukkan lebih minyak jika pesnya melekat. Masukkan pula udang dan kacang panjang dan gaul rata dengan sambal belacan.

5. Apabila udang berubah warna menjadi merah jambu, masukkan nasi, kicap, asam jawa, dan gula. Goreng selama lima minit dan kemudian perasakan.

6. Ketika campuran nasi sedang masak, panaskan satu sudu besar minyak dalam kuali lain dan goreng telur.

Iklan

7. Hidangkan nasi bersama keropok udang, sate ayam dan telur goreng serta hirisan daun ketumbar.

Baca juga: Ikan siakap Pla Neung Manao enak dengan hanya 3 langkah mudah

Menarik bukan? Walaupun cara memasaknya memakan masa, tidak salah untuk kita mencuba resepi baru dari negara seberang ini.

Lebih-lebih lagi ketika PKP ini, tidak banyak gerai masakan panas yang beroperasi. Memasak sendiri banyak kelebihannya. Boleh diulang makan dan menjimatkan.