Nasi tomato ayam merah, pakai beras biasa pun boleh

A
A
A

SEKALI-SEKALA pada hujung minggu, makan nasi ala lauk kenduri 'layan' juga kan? Kalau nasi putih berlauk dimakan setiap hari pun barangkali boleh mengundang rasa jemu.

Jika mahu mengubah selera cubalah nasi tomato ayam merah ni. Pasti menjilat jari dibuatnya.

Tak perlu pakai beras basmathi pun jika tiada dalam stok simpanan di dapur tu. Gunakan beras biasa pun boleh. Yang penting hanya kerajinan dan sedikit usaha.

Resipi Nasi Tomato Ayam Merah

A. RESIPI NASI

BAHAN-BAHAN:

5 cawan beras biasa

5 cawan air

2 batang kulit kayu manis

1/ 4 cawan minyak masak

2 sudu besar mentega

1/2 cawan susu cair

1 sudu besar gula

1/ 2 sudu besar garam

3 sudu besar tomato puri

4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)

2 biji bawang besar*

8 ulas bawang putih*

2 ketul halia sebesar ibu jari*

3 helai daun salam

Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

Artikel berkaitan: Resipi kek marble jelita viral tanpa ovalet pun jadi

CARA-CARA:

1. Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain.

Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit.. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan kayu manis.

Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.

Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.

4. Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa

Akhir sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa.

Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.

B. RESIPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (digoreng dahulu)

2 biji bawang besar (saiz besar tau)*

4-5 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

15-20 cili kering*

5 sudu besar sos cili

2 biji tomato

2 batang serai – diketuk

1 kulit kayu manis

Garam dan gula secukupnya

Kisar semua bahan bertanda *

CARA-CARA:

1. Tumis rempah dan bahan Kisar

Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau.

Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.

2. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.

3. Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

Perasakan dengan garam pula. Lepastu bolehlah masukkan ayam. Kacau semua dan gaul sebati.Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih boleh tutup api. Siap ayam masak merah.

Selamat mencuba!

Kredit: Azizah Haji Mohd Asah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca