Nespresso perkenal rangkaian Barista Creations For Ice, diperbuat daripada biji kopi bermutu tinggi      

No Image Caption
A
A
A

KEADAAN cuaca yang panas sejak kebelakangan ini membuatkan sesiapa sahaja ingin meneguk minuman berais.

Kepada penggemar kopi sejati, Nespresso baru-baru ini memperkenalkan rangkaian Barista Creations For Ice.Antaranya Freddo Delicato yang diperbuat daripada kombinasi buah-buahan dan kopi dari Kenya yang dipanggang khas.

Untuk rasa kopi ais yang lebih padu, apa kata pembaca memilih Freddo Intenso.

“Ia terdiri daripada biji kopi Arabika Amerika Selatan dan Arabika Indonesia.

“Apabila digandingkan dengan ais, rasa kopi ini berubah menjadi lebih kuat dan menjadikannya satu minuman yang sempurna untuk petang yang hangat,“ kata Nespresso dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nespresso juga telah bekerjasama dengan jenama sirap berperisa gourmet, Monin yang menawarkan satu set sirap mini edisi terhad.

Barista Creations For Ice dijual pada harga RM27 dan tersedia di butik Nespresso di pusat beli-belah The Gardens, Kuala Lumpur dan One Utama, Petaling Jaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kopi ais Nespresso termasuk resipi kopi dan aksesori, layari www.nespresso.com.

Penulis: Mazlina Abdul Majid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca