Nestle Omega Plus perkenal susu perisa coklat gelap        

No Image Caption
A
A
A

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID           

NESTLÉ Omega Plus baru-baru ini memperkenalkan susu sedia untuk diminum perisa coklat gelap yang terbaharu ke dalam rangkaian produk jenama itu.

Pengurus Pemasaran Pengguna–Minuman Sedia Untuk Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, Angeline Lim berkata, inovasi baharu itu mengandungi ActiCol, sterol tumbuhan yang terbukti berkesan menurunkan tahap kolestrol selain mengandungi kalsium tinggi dan lemak rendah.

"Sebagai tambahan kepada susu biasa, susu Nestle Omega Plus perisa coklat gelap ini juga sesuai dijadikan pilihan dalam diet sihat untuk membantu menguruskan tahap kolesterol, lebih-lebih lagi untuk mereka yang lebih gemar susu berperisa," katanya dalam satu kenyataan.

Tahap kolesterol tinggi merupakan salah satu faktor risiko utama bagi penyakit jantung, ujar Angeline.

Produk berkenaan terdapat dalam pek 200 mililiter sedia untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia oleh didapati di semua pasar raya dan menerusi laman web e-dagang seperti Lazada danShopee. Untuk maklumat lanjut layari laman www.nestle.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca