CENDOL sememangnya antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia waima pelancong asing yang bertandang ke negara ini.

Minuman itu akan bertambah mengiurkan sekiranya ditambah dengan isi durian segar, pulut atau diletakkan lebihan kacang merah. Memang ‘terangkat‘ habis!

Kadang-kadang disebabkan kepingin, ada di antara kita sanggup memandu jauh mendapatkan cendol yang biasanya diadun bersama kuah santan dan air gula Melaka atau gula nisan.

cendol

Kepada penduduk Lembah Klang khususnya, SinarPlus ingin mencadangkan agar berkunjung ke Cendol Durian Piaowww yang terletak di Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Walau premisnya  hanya sebuah gerai tepi jalan, tetapi percayalah, kenikmatan cendolnya memang luar biasa.

Pengusahanya, Abdul Razak memberitahu SinarPlus, pengalaman berniaga durian sebelum ini telah memberi ilham kepadanya untuk mengusahakan bisnes cendol.

Katanya, selaku individu yang mengenali durian secara dekat, ia sedikit sebanyak telah memberi kelebihan kepadanya memilih isi durian yang berkualiti dan terbaik untuk para pelanggan setianya.

cendol

“Selain itu, saya juga bersyukur kerana cara membuat cendol ini juga saya ambil daripada resipi arwah ayah yang juga peniaga cendol terkenal di Mamak Rojak Titiwangsa. Menariknya tentang air tangan ayah saya, air gulanya dimasak dengan cara istimewa, begitu juga dengan santan yang dimasak dengan cara tersendiri.

“Alhamdulillah rezeki jual cendol ini dapatlah bantu tampung hidup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),“ katanya yang sebelum ini memiliki syarikat pengurusan acara, bagaimanapun terpaksa ditutup disebabkan penangan wabak Covid-19.

Demi menarik perhatian pelanggan dan mewujudkan kelainan, anak jati Kuala Lumpur itu mempertaruhkan variasi jenis cendol mengikut trend masa kini.

cendol

Antaranya, cendol dalgona dan cendol boba. Namun, semestinya menu yang paling laris adalah cendol durian Musang King, D24, X0 dan Sultan.

“Cendol biasa, pulut dan jagung pun ada untuk mereka yang sukakan rasa asli. Sekali cuba pasti mahu lagi sebab rebiu rata-rata pelanggan memang berpuas hati dengan rasa yang cukup piaowww. Harga cendol di premis saya juga berpatutan iaitu bermula pada harga RM3.50 hingga RM18 sahaja,“ katanya.

Sekiranya pembaca SinarPlus agak keberatan untuk keluar kerana berwaspada dengan virus Covid-19, jangan risau, kata Abdul Razak.

“Sepanjang PKPB ini, saya akan buat penghantaran, tetapi sekitar kawasan Sri Damansara sahaja dulu,“ kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Ujar lelaki itu, meskipun jualan tidak semeriah akibat situasi semasa, namun  beliau bersyukur kerana masih ada ruang untuk membantu keluarga.

“Sebab itu, saya selalu timba ilmu untuk menambah baik rasa dan persembahan cendol kami supaya terus menjadi pilihan ramai,“ tuturnya penuh positif.

cendol

Cendol Durian Piaowww

Iklan
  • Alamat: Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor
  • Harga: RM3.50 hingga RM18
  • Facebook: Durian Piaowww
  • Instagram: @durianpiaowww

Sejak kebelakangan ini, pengusaha cendol di merata tempat nampaknya semakin kreatif mempelbagaikan jualan cendol. Mereka tidak sekadar meletak gula Melaka dan santan sahaja.

Selain durian, ada di antara pengusaha membubuh aiskrim atau isi kelapa. Menariknya, demi memastikan kesihatan sentiasa menjadi keutamaan, mereka memilih santan sawit yang kurang kolestrol.

Berikut 4 premis lain yang dicadangkan untuk pembaca SinarPlus singgah.

cendol

Cendol Durian King TTDI

  • Alamat:179, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
  • Harga: RM15 hingga RM25
  • Facebook: Durian King TTDI
  • Instagram: @duriankingttdi

cendol

Raja Cendol Taming Sari

Iklan
  • Alamat: Jalan Merdeka, Bandaraya Melaka
  • Harga: RM7 hingga RM38
  • Facebook: Raja Cendol Taming Sari
  • Instagram: @rajacendolts

cendol

Cendol Pak Nik 1992

  • Alamat: Kampung Baru Sungai Gelugur, Taman Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah
  • Harga: RM2.50 hingga RM10
  • Facebook: Cendol Pak Nik 1992
  • Instagram: @CendolPakNik1992

cendol

Cendol Mami

  • Alamat: No 19, Batu 2 1/2 Jalan Matang, Kuching, Sarawak (berhampiran Balai Polis Gita)
  • Harga: RM3.30 hingga RM7
  • Facebook: Cendol MAMI