KINI, ramai wanita di luar sana yang terlalu taksub untuk kelihatan cantik dengan hanya memiliki kulit yang putih.

Kata mereka, kulit yang putih menyerlahkan lagi keanggunan pada wajah mereka.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah ada yang sanggup berkorban apa sahaja termasuklah dari segi wang ringgit dan rawatan yang tidak diiktiraf.

Salah satu daripadanya adalah teknik whitening drip yang mana sudah acap kali kesan buruknya dikongsikan, namun masih ramai yang berkeras dan tetap memilih kaedah itu.

Baru-baru ini, percubaan seorang wanita untuk memutihkan kulitnya telah memakan diri apabila sebahagian daripada organ dalamannya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Perkongsian yang didedahkan oleh pemilik akaun TikTok, Eylaa Mazlan agak mengejutkan.

Beliau mendapati pesakitnya telah membeli set peralatan lengkap whitening drip dan rawatan itu dilakukan secara sendiri.

Tulis beliau yang juga merupakan seorang jururawat, kelengkapan untuk ajen pemutih itu sangat mudah didapati kerana banyak dijual secara online.

“Oleh kerana terlalu taksub untuk putih, gadis berkenaan akhirnya dikejarkan bagi menerima rawatan lanjut selepas tidak sedarkan diri dan pada masa sama beliau perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” beritahu beliau.

Lebih mendukacitakan, gadis tersebut terpaksa melakukan rawatan dialisis pada usia yang sangat muda.

Iklan

Dalam pada itu, menjejaki ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sangat terkejut dan tidak menyangka dengan perkongsian tersebut.

Ada yang turut berduka dengan insiden yang menimpa gadis itu, malah ada yang menitipkan pesanan agar kejadian itu menjadi titik kesedaran kepada orang ramai terutamanya orang muda di luar sana.

Iklan
@eylaamazlan

Sebagai peringatan bersama dekat luar sana. benda dah jadi depan mata . jaga diri okay .

♬ original sound – eylaamazlan – IG: eylaaamazlan

Bagaimanapun, bersyukurlah dengan nikmat yang sihat yang ALLAH telah kirimkan.

Ingat, tidak salah untuk kelihatan cantik sebaliknya jangan terlalu terikut-ikut dengan trend terkini sehingga boleh menjejaskan kesihatan diri.