OnePlus 10T 5G lebih berkuasa dengan OxygenOS 13, ini spesifikasi terkini wajib ambil tahu

JENAMA teknologi global, OnePlus melancarkan model flagship terbaharu, OnePlus 10T 5G bersama sistem operasi utama terkini, OxygenOS 13 di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pengasas OnePlus, Pete Lau berkata, model baharu tersebut lebih diyakini kerana hadir dengan prestasi gabungan cip pemprosesan berkuasa tinggi, Snapdragon 8 Gen 1 yang menawarkan kelajuan unit pemprosesan pusat dan grafik lebih pantas.

Iklan
Iklan

“OxygenOS 13 pula menjadikan sistem operasi kami lebih hebat di samping reka bentuk yang kemas.

“Paling penting, ciri spesifikasi yang dipertingkatkan berdasarkan permintaan pengguna menjadi kelebihan untuk tampil lebih menonjol di pasaran. Harga yang ditawarkan untuk OnePlus 10T 5G juga sangat kompetitif,” katanya.

Menurut Pete, OxygenOS 13 akan dilancarkan terlebih dahulu bersama OnePlus 10 Pro diikuti OnePlus 10T 5G yang akan menembusi pasaran Malaysia bermula 1 September nanti.

Pengumuman harga pula akan diadakan pada 18 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut, layari OnePlus.com.

Berikut antara perincian lain OnePlus 10T 5G:

i) Pengecasan super dengan sokongan 150W SUPERVOOC Endurance Edition untuk tempoh 19 minit sahaja.

ii) Siri teknologi enjin kesihatan bateri memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan kapasiti 4,800mAh.

Baca juga Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

iii) Sambungan lebih kuat dengan 15 antena yang membentuk sistem 360 darjah, selain ciri Smart Link yang meningkatkan isyarat dan kelajuan muat naik.

iv) Reka bentuk paparan 6.7 inci diperakui HDR10 dengan kadar penyegaran 120hz. Ia juga dilengkapi sistem penyejukan lebih keterhadapan.

v) Dilengkapi sistem tiga kamera dengan sensor utamanya, Sony IMX766 50 MP yang mempunyai penstabilan imej optikal, Nightscape

2.0 dan prestasi HDR dipertingkat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

3 hours ago

Aaron Aziz tak ambil ‘port’ isu Alif Aziz. ‘Jangan runtuhkan ‘jambatan’ hubungan antara Malaysia-Singapura’

“SENDIRI buat hal, pandai-pandai kau hadap kritikan.” Demikian ungkapan pelakon popular, Aaron Aziz terhadap rakan…

4 hours ago

Diabai & dianiaya Siti Bainun, Bella masih trauma, hukuman penjara 12 tahun kekal. Ini kronologi kes meruntun hati

KES membabitkan remaja sindrom Down bernama Bella pernah menjadi perhatian ramai. Tidak kurang yang menitiskan…

5 hours ago

Anak sulung Adira Suhaimi beraksi di pentas fesyen antarabangsa raih pujian. ‘Lenggok macam supermodel, memang berbakat!’

BARU-baru ini, penyanyi Adira Suhaimi berkongsi perjalanan beliau bersama anak perempuannya, Anggrek Adenan ke negara…

7 hours ago

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

9 hours ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

10 hours ago