SIRI OPPO Reno8 T baru-baru ini memperkenalkan dua model tambahan dengan reka bentuk premium serba baharu, Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G.

Kedua-duanya direka dengan enjin pengkomputeran dinamik yang mampu memberikan pengalaman lebih stabil untuk tempoh masa lama.

OPPO berkata, inovasi berkenaan dipertingkatkan lagi dengan perisian ColorOS 13 terkini yang menjamin keselamatan pengguna.

“Reno8 T 5G mengimplemenkan teknologi kamera potret 108 megapiksel (MP) buat pertama kalinya, selain dilengkapi dengan lensa mikro 40 kali ganda fungsi pembesaran.

OPPO RenoT 8

“Selain itu, kamera potret 108MP juga berupaya membidik imej lebih jelas dan beresolusi tinggi dengan teknologi binning NonaPixel Plus serta algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO,” kata OPPO dalam satu kenyataan itu lagi.

Berikut spesifikasi lain Reno8 T 5G:

  • Dikuasakan Qualcomm Snapdragon 695 5G untuk prestasi 5G lebih berkuasa.
  • Desain lengkungan 56 darjah dengan skrin melengkung tiga dimensi 120Hz untuk pengalaman visual lebih tajam.

OPPO RenoT 8

  • Paparan AMOLED bersaiz 6.7 inci dengan nisbah 93 peratus skrin ke badan.
  • Paparan satu bilion warna dan resolusi FHD menghasilkan rona lebih realistik.
  • Pengecasan pantas hanya 44 minit untuk bateri penuh menggunakan 67W SUPERVOOC.
  • Ciri Enjin Kesihatan Bateri boleh memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 1,600 kitaran pengecasan.

Baca juga Skrin boleh lipat ultra luas, OPPO Find N2 jadi buruan ramai. Bidikan foto nampak lebih ‘pro’

Berikut perincian Reno8 T 4G:

  • Tampil dengan kamera potret 100MP bersama kamera swafoto 32MP dan lensa mikro 2MP dengan pembesaran 20 atau 40 kali ganda.
  • Kapasiti bateri 5,000mAh dan teknologi pengecasan 33W SUPERVOOC.
  • Paparan AMOLED 6.4 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Baca juga OPPO Band 2 jam pintar yang pantau kesihatan, sokong 100 mod senaman, sesuai untuk pemain tenis

Iklan

OPPO RenoT 8

Reno8 T 5G ditawarkan pada harga bermula RM1,799, manakala Reno8 T 4G (RM1,399).

OPPO turut melancarkan fon telinga terbaharu, Enco Air3 yang hadir dengan pod pengecas magnet tersendiri pada harga RM249.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oppo.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.