OPPO Band 2 jam pintar yang pantau kesihatan, sokong 100 mod senaman, sesuai untuk pemain tenis

A
A
A

KEPADA yang masih tercari-cari jam pintar idaman, SinarPlus mengesyorkan anda untuk mencuba OPPO Band 2.

Segala kriteria yang diinginkan seperti skrin yang besar, muka jam berwarna-warni, reka bentuk tali dua warna dan rangkaian penuh fungsi tidur profesional termasuk senaman serta kesihatan terkandung dalam fitur baharu itu.

 

SinarPlus perincikan secara terperinci beberapa ciri-ciri yang dinyatakan itu:

i) Skrin besar

- OPPO Band 2 mempunyai skrin besar ultrajelas 1.57 inci dengan ketumpatan piksel 302 PPI, nisbah skrin-ke-badan 47 peratus lebih tinggi daripada keluaran terdahulu. 'Karakter' itu akan menjadikan interaksi lebih mudah dan mudah.

- Dengan reka bentuk tali dua warna yang menarik dan pelbagai muka jam, AI Outfit Watch Face 2.0, pengguna boleh menyesuaikannya mengikut gaya yang diminati.

- Gajet ini sangat ringan iaitu cuma seberat kira-kira 33 gram sahaja.

BACA JUGA: OPPO pacu ciptaan 3 inovasi lebih keterhadapan, terokai dunia AI seiring kehendak pasaran

BACA JUGA: Gaya foto profesional dengan Reno7 Z 5G, OPPO tampilkan ciri eksklusif telefon pintar terbaharu

ii) Mod senaman profesional & OSleep

- Gajet ini mempunyai penderia denyutan jantung dan oksigen darah.

- Untuk pemain tenis, OPPO Band 2 berupaya merekodkan lima jenis data iaitu pukulan, hayunan raket, tempoh aktiviti, kadar denyutan jantung dan kalori yang terbakar.

- Turut menawarkan fungsi dengan pemantauan kadar denyutan jantung semasa larian, cadangan kelajuan larian dan 13 kursus larian.

- Menyokong hingga 100 mod senaman.

- OSleep antara lain memantau tidur dari segi aktiviti bangun, tempoh masa, fasa tidur (nyenyak dan tidur ringan), tidur pergerakan mata pantas (REM) dan tahap oksigen darah, selain daripada menilai sebarang risiko berdengkur.

Selain itu, OPPO BAND 2 juga boleh bertindak sebagai penggera waktu tidur, menyemak cuaca dan menetapkan pemasa.

Tambah menarik, jangka hayat bateri boleh bertahan selama 14 hari.

Berharga RM249 dengan warna Baby Blue dan Midnight Black, orang ramai boleh membeli produk tersebut di kedai fizikal OPPO dan menerusi platform online Shopee atau Lazada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca