Oreo edisi terhad dengan corak timbul huruf, emoji

No Image Caption
A
A
A

OREO baru-baru ini melancarkan edisi terhad biskut corak timbul dengan 20 huruf dan emoji.

Pengarah Bersekutu Biskut & Snek Asia Tenggara Mondelēz, Arpan Sur berkata, Oreo edisi terhad itu boleh didapati dalam perisa asli dan coklat dalam pek 133 gram (g) dan 264.6g.

Serentak dengan itu, Oreo turut menganjurkan kempen #SayItWithOREO di seluruh negara.

“Kempen yang menampilkan pelbagai peraduan dan aktiviti  itu bertujuan mengajak rakyat Malaysia yang kreatif untuk berimaginasi dan mempamerkan keseronokan menerusi peraduan foto, permainan teka kata interaktif dan pelbagai aktiviti lagi. Peraduan yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos ini terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas,“ katanya baru-baru ini.

Arpan menambah, bagi menggalakkan pengguna menyertai kempen tersebut,  mereka hanya perlu membuat hantaran foto paling kreatif menerusi Facebook atau Instagram yang diambil bersama biskut Oreo bercorak timbul dengan #SayItWithOREOMY.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mondelezinternational.com atau Twitter (www.twitter.com/MDLZ).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca