Pakai baju hapak, banyak kesannya pada diri sendiri dan orang sekeliling

A
A
A

PERNAHKAH pakaian korang berbau hapak? Bagaimana rasanya? Sungguh tidak selesa bukan.

Pakaian berbau hapak ini lazimnya berlaku dek baju-baju yang tidak digunakan dalam tempoh antara satu hingga tiga bulan.

Apabila pakaian berkenaan berada di dalam almari untuk masa yang lama, maka faktor suhu lembab akan mempengaruhi.

Justeru, sebelum menyarungkan pakaian berkenaan pastikan ia berada dalam kondisi yang baik dan tidak reput. Kemudian, barulah dicuci menggunakan pelembut fabrik bagi mengembalikan kesegaran pada pakaian tersebut.

bajuPASTIKAN baju yang sudah lama tidak dipakai dicuci menggunakan pelembut fabrik bagi mengembalikan kesegaran pada pakaian tersebut.

Namun begitu, jika terdapat tanda pada pakaian, janganlah dipakai. Sebaik-baiknya beli yang baharu.

Mengapa pakaian yang disimpan lama perlu dicuci dahulu?

1. Ia akan menyebabkan si pemakai berasa tidak selesa gara-gara bau hapak itu.

2. Ia akan menyebabkan kegatalan pada badan akibat serangga atau hama atas pakaian terbabit.

3. Ia boleh menyebabkan individu di sekeliling sama ada di pejabat atau di dalam pengangkutan awam menjauhkan diri daripada kita.

4. Ia menyebabkan penampilan dan pergaulan secara keseluruhan akan tidak berlangsung dengan sempurna.

bajuSYAHEERAH HANIS (gambar kecil) menyarankan sebelum keluar rumah pastikan pakaian pilihan bersih, kemas dan wangi untuk keselesaan semua pihak.

Mungkin terdapat banyak lagi kesan buruknya. Pun begitu, saya ingin menekankan tentang faktor kebersihan.

Yakinlah, apabila pakaian bersih dan wangi, kita akan berasa selesa dan tenang melakukan tugasan harian.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook: Perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin @syeerahanis

 

 

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca