SEORANG wanita mengandung tidak menyangka dek memakai pendakap gigi palsu atau fake braces akhirnya mengundang mimpi ngeri pada dirinya.

Mempercayai individu yang memberitahu kepadanya bahawa kononnya tiada masalah untuk memakai alat tersebut biarpun hamil, bermulalah peristiwa hitam ketika hendak servis fake braces tersebut.

Ketika servis alat itu, ubat titis yang disuruh telan rupanya mengundang bahana pada dirinya. Tidak lama selepas itu, wanita tersebut mengalami pendarahan sebelum alat ujian kehamilan menunjukkan tanda negatif.

Pengakuan wanita berkenaan di sebuah portal tentang kehamilan yang dikongsikan oleh Dr Mohd Khairul.

 

Apa sebenarnya yang terjadi kepada wanita itu? Ini ulas pengamal perubatan pergigian yang bernama Dr Mohd Khairul Izwan ini.

Bukan hanya bahaya kepada wanita mengandung

Sedikit perkongsian dari pengalaman seorang individu yang merupakan pemakai fake braces, kata Dr Mohd Khairul.

Nak dijadikan cerita, individu tersebut merupakan seorang wanita yang memakai fake braces sejak sekian lama (dan menyedari braces yang dipakainya adalah fake braces).

Namun masih meneruskan pemakaian fake braces tersebut walaupun selepas beliau mendapati dirinya mengandung!

Dan akhirnya, memberikan kesan sampingan terhadap diri serta kandungannya (dikhuatiri mengalami keguguran).

Sudah terang lagi bersuluh, fake braces bukanlah suatu rawatan pergigian yang diiktiraf. Sebaliknya pemakai fake braces ini hanya mendedahkan diri mereka terhadap pelbagai kesan negatif yang memudaratkan.

Bukan hanya untuk mereka yang mengandung, malah sesiapa sahaja perlu jauhkan diri daripada fake braces dan mereka yang menjualnya.

Dr Mohd Khairul

 

Iklan

Perlu diingatkan, tiada sebarang bahan yang dibenarkan untuk ditelan sepanjang prosedur rawatan pergigian dijalankan oleh doktor gigi bertauliah di klinik pergigian berdaftar!

Jika ada yang claim bahawa ada bahan-bahan yang selamat untuk ditelan, maka sesungguhnya anda perlu meragui kaedah rawatan yang diterima. Apatah lagi jika dijalankan di premis-premis bukan klinik yang berdaftar.

Sesungguhnya individu yang menyediakan perkhidmatan fake braces ini sudah semakin berani dari hari ke hari. Tidak cukup dengan menipu, menjadi penyebar penyakit berjangkit yang berbahaya, dan sekarang mahu jadi pembunuh pula?!

Kita sendiri sebagai pengguna, haruslah menjadi pengguna yang bijak. Jangan dedahkan diri kepada sebarang aktiviti rawatan pergigian yang tidak bertauliah.

Iklan

Dapatkan rawatan pergigian di klinik pergigian berdaftar yang dikendalikan oleh doktor gigi yang bertauliah.

Laporkan sebarang aktiviti atau individu yang diragui berkaitan fake dentist ini kepada pihak yang berwajib supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan