Pakai pelitup muka pun boleh tampak cantik hari raya

A
A
A

TIDAK dinafikan menyambut baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha dalam normal baharu memerlukan kita memakai pelitup wajah (mask).

Inisiatif tersebut adalah untuk memerangi virus Covid-19 yang belum menemui penawarnya.

Pun begitu, bagi golongan wanita mungkin berasa penampilan tidak sempurna apabila harus bergaya dengan topeng wajah bukan?

Justeru, usah bimbang perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin ada jawapannya.

Langkah pertama

- Selepas mandi pastikan kulit wajah dilapisi dengan rutin penjagaan wajah yang sempurna seperti menyapu serum dan krim pelembap.

Langkah kedua

- Kemudian, lapisi kulit wajah dengan krim asas, penyamar noda, primer dan bedak asas mengikut ton warna kulit. Ia bagi memastikan rona kulit wajah sekata dengan kulit badan.

Langkah ketiga

- Seterusnya, oles mekap seperti penggaris mata, pemerah pipi dan pembayang mata mengikut nuansa selendang atau busana.

- Pastikan pilih warna pembayang mata rona terang untuk menyerikan wajah menambahkan keceriaan penampilan pada hari raya.

Langkah keempat

tip cantik

- Selesai bersolek dan mengenakan pakaian, maka pilih topeng wajah mengikut cita rasa masing-masing.

- Sesetengah wanita gemar memakai pelitup wajah yang mana talinya diikat di bahagian belakang kepala. Namun begitu, sebahagiannya pula lebih cenderung topeng yang disangkut pada telinga.

- Bagaimanapun, saranan saya elak mengikat topeng muka di bahagian luar selendang kerana ia boleh menjejaskan penampilan.

Langkah kelima

- Sebaik-baiknya, sarungkan anak tudung dahulu, kemudian ikat pelitup muka tersebut sebelum menggayakan selendang pilihan.

- Ini bermakna, tali mask akan tersorok di dalam tudung korang.

tip cantik

Walau apa pun jangan sesekali tidak memakai topeng muka kerana ia membantu memerangi Covid-19 termasuk merupakan pelengkap gaya tambahan pada hari raya normal baharu.

Selamat mencuba!

Foto: Instagram selebiti dan @jovianrtw

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus) on

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca