Pakai pelitup muka pun boleh tampak cantik hari raya

TIDAK dinafikan menyambut baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha dalam normal baharu memerlukan kita memakai pelitup wajah (mask).

Inisiatif tersebut adalah untuk memerangi virus Covid-19 yang belum menemui penawarnya.

Pun begitu, bagi golongan wanita mungkin berasa penampilan tidak sempurna apabila harus bergaya dengan topeng wajah bukan?

Justeru, usah bimbang perunding imej, Syaheerah Hanis Che Kamarudin ada jawapannya.

Langkah pertama

– Selepas mandi pastikan kulit wajah dilapisi dengan rutin penjagaan wajah yang sempurna seperti menyapu serum dan krim pelembap.

Iklan
Iklan

Langkah kedua

– Kemudian, lapisi kulit wajah dengan krim asas, penyamar noda, primer dan bedak asas mengikut ton warna kulit. Ia bagi memastikan rona kulit wajah sekata dengan kulit badan.

Langkah ketiga

– Seterusnya, oles mekap seperti penggaris mata, pemerah pipi dan pembayang mata mengikut nuansa selendang atau busana.

– Pastikan pilih warna pembayang mata rona terang untuk menyerikan wajah menambahkan keceriaan penampilan pada hari raya.

Langkah keempat

– Selesai bersolek dan mengenakan pakaian, maka pilih topeng wajah mengikut cita rasa masing-masing.

– Sesetengah wanita gemar memakai pelitup wajah yang mana talinya diikat di bahagian belakang kepala. Namun begitu, sebahagiannya pula lebih cenderung topeng yang disangkut pada telinga.

– Bagaimanapun, saranan saya elak mengikat topeng muka di bahagian luar selendang kerana ia boleh menjejaskan penampilan.

Langkah kelima

– Sebaik-baiknya, sarungkan anak tudung dahulu, kemudian ikat pelitup muka tersebut sebelum menggayakan selendang pilihan.

– Ini bermakna, tali mask akan tersorok di dalam tudung korang.

Walau apa pun jangan sesekali tidak memakai topeng muka kerana ia membantu memerangi Covid-19 termasuk merupakan pelengkap gaya tambahan pada hari raya normal baharu.

Selamat mencuba!
Foto: Instagram selebiti dan @jovianrtw

Share
Izyan Liyana

 

Published by
Izyan Liyana

Recent Posts

Pelakon Uqasha Senrose selamat timang bayi perempuan, pilih nama Uqaira untuk anak sulung

PELAKON Uqasha Senrose selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di ibu negara…

6 hours ago

Tahniah! Anak Rita Rudaini top 10 batch, raih keputusan cemerlang di MRSM. ‘3.99 ini hadiah untuk birthday Mommy’

TAHNIAH diucapkan buat anak sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin yang mencuri perhatian ramai apabila…

1 day ago

Tahniah! Intan Ladyana bersalin anak kedua, Harris junior selamat dilahirkan

TAHNIAH diucapkan kepada Intan Ladyana dan Harris Alif selamat menyambut anak keduanya di sebuah pusat…

1 day ago

‘Mama pergi mana?’ Pertanyaan anak mangsa nahas TLDM, Joanna Felicia saat pengebumian meruntun hati

'MAMA pergi mana?" Demikian kata-kata anak sulung mendiang Joanna Felicia Rohna, Allesia Felice Haslie yang…

1 day ago

Penyatuan jiwa di khemah kecil, pengantin baharu dalam konflik Isr4el-P4lestin jadi perhatian. ‘Saya mahu rumah, peperangan musnahkan impian’

KEMATIAN dan kemusnahan, pergolakan antara Isr4el-P4lestin sejak Oktober lalu tidak menghentikan harapan baru. Malah janji…

1 day ago

Otai masih berbisa, Datin Sofia Jane Rangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik, tetap cantik & awet muda di usia 52 tahun

DATIN Sofia Jane membuktikan usia bukan penghalang untuk melakar kejayaan manis dalam karier hidupnya. Memasuki…

1 day ago