Pangkor Bus Resort transformasikan beberapa bas jadi bilik hotel. Dekorasi, kemudahan memang bertaraf hotel mewah!
JIKA ramai mengandaikan menginap di dalam sebuah bas sesuatu yang mustahil atau tidak selesa, pandangan itu perlu diperbetulkan.
Seorang usahawan muda, Syafiq Rozman antara yang menidakkan perkara itu.
Mana tidaknya, beliau telah mentransformasikan beberapa buah bas menjadi hotel bertaraf mewah di Jalan Pantai Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Perak.
Dikenali sebagai Pangkor Bus Resort, pandangan mata anda pasti terpesona melihat dekorasi yang dihias indah di dalam setiap bas.
Ujar Syafiq, idea penubuhan destinasi percutian itu tercetus selepas beliau tertarik dengan trend Bustel yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Pantai Klebang, Melaka.
“Saya lihat konsep tidur dalam bas memang menarik. Jadi, kami bekerjasama dengan Koperasi Telekom Malaysia Berhad untuk membangunkan tanah seluas 1 hektar demi mencipta kelainan.
Baca juga Makan dalam ‘bas terbang’, view Gunung Kinabalu memang terbaik
“Sebanyak 16 buah bas terpakai dibeli dari pusat hub bas lama di Rawang, Selangor. Pun demikian, nak bawa semua bas ke pulau bukan satu kerja mudah. Enjin terpaksa dikeluarkan terlebih dulu supaya bas lebih ringan sebelum dibawa menggunakan roro (tongkang) ke Pulau Pangkor,“ katanya.
Selepas itu, pemilik Besla Sdn Bhd yang berusia 34 tahun itu membelanjakan kos hingga RM80,000 untuk mengubah suai kenderaan terbabit.
Baca jugaSatu-satunya di Malaysia, hotel dalam jet peribadi suntik kelainan. Ini fasiliti yang disediakan
Bukan sahaja dilengkapi dengan infrastruktur seperti katil, sofa dan meja makan, malah terdapat televisyen, peti ais dan tab mandi.
Kemudahan dewan juga disediakan bagi membolehkan seminar atau mesyuarat diadakan.
Menariknya, premis tersebut terletak bersebelahan dengan pantai sahaja!
Setakat ini, terdapat 16 unit yang dibuka kepada pengunjung untuk menginap. Antaranya jenis Dorm Coach, Honeymoon Coach, Family Coach, Family Plus Coach dan Executive Coach.
Mengulas lanjut, Syafiq berkata, pantai berdekatan dengan resortnya juga lebih damai dan tidak sesak dengan orang ramai berbanding kawasan rekreasi lain.
"Jika pengunjung mahukan aktiviti pantai seperti bermain ski, bot laju, berkayak dan pelbagai lagi, kami boleh sediakan tanpa sebarang masalah.
“Mungkin selepas ini saya akan tambah kafe berkonsepkan kapal terpakai sebagai tarikan pengunjung yang datang untuk melihat persembahan api dan kumpulan buskers di tepi pantai,“ katanya yang bakal membuka zoo haiwan jinak tidak lama lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang