Paru goreng nipis dan rangup macam kerepek. Ikut tip ini kalau nak hasil lebih crispy

A
A
A

PARU goreng memang sedap. Nak-nak jenis nipis.

Tak perlu makan dengan nasi panas, ratah begitu sahaja pun dah sedap.

Pun begitu, untuk pastikan ia benar-benar nipis dan rangup, perlu ada teknik tertentu.

Seorang pengguna Facebook, Noelela Abdullah berkongsi resipi paru goreng crispy yang dijamin menjadi.

Kongsi beliau, paru yang telah direbus hendaklah disimpan dalam chiller semalaman.

Cara tersebut akan memudahkan bahan tersebut untuk dihiris nipis apabila ia keras.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Tosei homemade resipi air tangan arwah nenek, guna lebihan nasi sejuk jer. Wanita ni kongsi tip, memang jadi!

 

RESIPI PARU GORENG CRISPY

Bahan- bahan

Paru

Bawang putih (BELI DI SINI)

Serbuk kunyit (BELI DI SINI)

Serbuk ketumbar (BELI DI SINI)

Serbuk jintan manis (BELI DI SINI)

Serbuk jintan putih (BELI DI SINI)

Serbuk cili (BELI DI SINI)

Tepung beras (BELI DI SINI)

Garam ( BELI DI SINI)

Serbuk perasa

Baca juga: 5,800 share, resipi ayam goreng berempah tauke katering serdak rangup enak berperisa, ini sukatan untuk seekor

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Cara penyediaan:

1. Rebus paru dan sejukkan dalam chiller semalaman supaya senang hendak hiris.

2. Hiris senipis mungkin menggunakan pisau yang tajam.

3. Blend semua bahan dengan sedikit air.

4. Gaul dan goreng menggunakan minyak yang betul-betul panas.

5. Apabila sudah agak masak boleh kecilkan api. Pastikan paru agak keras seperti kerepek sebelum diangkat. Sedia untuk dihidang.

Baca juga: 7,600 share, resipi sandwic sardin tauke tersohor, tak muak & menjemukan. Cara buat pun mudah

GAMBAR hiasan daripada CANVA.

Melihat kepada cara penyediaannya, mudah sahaja.

Buat sendiri lebih puas makan.

Kata Norlela, resipi yang dikongsikan juga sesuai untuk mereka yang mahu menjadikan ia sebagai pendapatan sampingan.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca