PESTA Angin Timur (PAT) Perlis kembali lagi bagi edisi 2024 ini dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat pengunjung.

Pastinya, penganjuran tersebut lebih havoc dan luar biasa!

Mana tidaknya, pesta tiga hari dua malam yang akan bermula pada 1 hingga 3 Mac ini dijangka lagi rancak dengan kelainan baharu yang dibawakan sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Antara keunikan lain daripada lain yang ditonjolkan seperti pertandingan PAT Extreme Mud Obstacle Challenge, penerbangan belon udara panas, Jerami Art Tunnel, pertandingan paramotor, pertunjukan payung terjun, motorised hang glider, Fancy Fun Run Jerami dan pertandingan kayak yang sememangnya mengujakan!

PAT Perlis 2024

Justeru, ayuh kita beramai-ramai berkunjung ke Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis kerana lebih 30 program menarik yang boleh disertai para pengunjung telah disusun seawal jam 8.30 pagi hingga 11.30 malam.

Memeriahkan lagi upacara perasmian PAT Perlis 2024 pada petang Sabtu, acara pembuatan garam belacan paling ramai turut diadakan seterusnya untuk diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.

 

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku penganjur PAT Perlis 2024 dalam satu kenyataan mengajak orang ramai untuk memeriahkan temasya tradisi yang diraikan saban tahun.

Persembahan

Menariknya PAT Perlis 2024 kali ini, para pengunjung juga disajikan dengan persembahan gabungan kesenian autentik seperti Awang Batil, Hadrah, Alu Bunyi, Terinai, Tarian Kesenian Cina, Tarian Kesenian India dan Tarian Kesenian Siam.

PAT Perlis 2024

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan artis jemputan iaitu Black Hanifah yang akan memeriahkan suasana bersama persembahan gabungan kesenian autentik.

“Kumpulan kesenian JKKN Perlis, Kumpulan Rancak Bertemu serta Kumpulan Twin Boys Band turut mempamerkan persembahan mereka yang pastinya akan memukau para pengunjung selain dendangan Malam Genta Puisi PAT Perlis 2024 serta persembahan wayang kulit kerohanian” jelas kenyataan itu.

PAT Perlis 2024

Jualan

Bagi menarik lebih ramai pengunjung, jualan keperluan harian seperti Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADANI dibuka pada harga cukup berbaloi.

Selain itu, sesi demonstrasi juga diadakan untuk pengunjung yang mahu melihat dengan lebih dekat kepakaran anjing pengesan K9 membantu operasi pihak berkuasa.

PAT Perlis 2024

Demonstrasi seni mempertahankan diri iaitu wushu dan silambam juga diadakan di ruang pentas utama selain aktiviti mencanting batik di khemah kraftangan.

Baca juga Pesta Angin Timur Perlis, julung kalinya diadakan dalam talian

Anda yang berminat dengan aktiviti pertanian disyorkan untuk melihat sendiri demonstrasi mengemping padi dan cantuman pokok Harumanis di khemah pertanian di tapak pesta.

Iklan

PAT Perlis 2024

Untuk informasi lanjut mengenai PAT Perlis 2024, boleh melayari laman sesawang JKKN, www.jkkn.gov.my.

30 Program Menarik Semena PAT Perlis 2024

● Fancy Fun Run Jerami Pesta Angin Timur 2024
● Pertandingan Bendang Warrior
● Pertandingan Bola Jaring Bendang
● Pertandingan Menangkap Itik

PAT Perlis 2024
ATURCARA pada Jumaat (1 Mac 2024).

● Pertandingan Pukul Bantal Kanak-Kanak
● Pertandingan Futsal Bendang
● Pertandingan Ayam Serama
● Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia
● Pertandingan Mengail Hasil Tanaman & Mr. Badang Gempaq

PAT Perlis 2024
ATURCARA pada Sabtu (2 Mac 2024).

● Pertandingan Meniti Basikal Dalam Bendang
● Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
● Pertandingan Gubahan Hantaran
● Pertandingan Memancing
● Pertandingan Gusti Lengan
● Peraduan Teka Berat Padi
● Sukaneka Rakyat

Baca juga Wow! Rainforest World Music Festival kembali, tonton secara percuma di samping beli-belah produk dari Sarawak

Iklan
PAT Perlis 2024
ATURCARA pada Ahad (3 Mac 2024).

● Pertandingan Petani Sado
● Pertandingan Dangau Tradisional Kreatif
● Pertandingan Fotografi
● ATV Bendang
● Pertandingan Motorcross Bendang
● Pertandingan Paintball Bendang
● Pertandingan Wau Tradisional

PAT Perlis 2024● Pertandingan Tarik Tali Lumpur
● Pertandingan Deklamasi / Puisi Loghat Utara
● Pertandingan Eksplorasi Bahasa Pesta Angin Timur 2024
● Pertandingan Paramotor

PAT Perlis 2024● Pertandingan Kayak
● Pertandingan Silat Seni Kreatif Berpasukan
● Pertandingan Pat Extreme Mud Obstacle Challenge

PAT Perlis 2024

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!