KADANG-KADANG mesti korang pernah berada dalam situasi tertanya-tanya mengapa badan seseorang orang di sekeliling masih berbau terlalu teruk, sedangkan korang rasa mereka sudah mandi dan menggunakan minyak wangi.

Jangan terkejut, sebenarnya terdapat beberapa punca tersebut yang korang sendiri mungkin belum tahu.

Kalau nak tahu, hidung kita ni mampu mengesan 1 trillion bau, namun tidak pada badan sendiri.

Berkisar mengenai isu tidak terhidu ‘bau badan’ sendiri, berikut pandangan Dr Samhan yang dijelaskan menerusi Facebooknya semalam.

“Antara sebab mengapa kita tidak boleh bau badan sendiri adalah kerana terdapat saraf di dalam hidung dikenali sebagai olfactory nerve yang mengesan bau.

“Namun jika bau tersebut akan berterusan, saraf berkenaan akan jadi ‘letih’ untuk memberi feedback kepada otak, lama kelamaan ia akan tutup penghantaran ke otak,” tulis Dr Samhan.

Iklan

Buktinya jelas, apabila bersukan, pasti korang tidak dapat hidu badan rakan yang berbau semasa bermain bersama. Betul tak?

Ia juga sama untuk satu kumpulan atau komuniti yang mempunyai adat, sikap atau pekerjaan yang sama, mungkin tidak akan perasan mempunyai bau badan yang sama.

Iklan

“Namun begitu, untuk komuniti lain, mereka yang tidak biasa mungkin akan perasan,” katanya.

Begitu juga dengan bau perfume, korang akan menambah-nambah pewangi dengan berlebihan memikirkan ‘tidak cukup wangi’ selepas beberapa minit atau jam.

“Mudah sahaja, jika nak tahu badan kita berbau atau sebaliknya, tanyalah kawan  yang jarang bersama. Mereka mungkin dapat membantu mengesan bau sebenar badan kita. Harap-harap rakan kita tu jujur la…” katanya lagi.