SEMALAM, media sosial seperti Facebook dan Instagram dibanjiri dengan posting orang ramai yang memuat naik gambar Sony PlayStation 5 (PS5) dan mendakwa mereka baru sahaja membelinya selepas ia mula dijual.

Perkongsian mereka pastinya membuatkan ‘kaki game’ tak duduk diam malahan 1001 persoalan timbul hanya disebabkan oleh sekeping foto.

Mana tidaknya, sedangkan PS5 belum lagi dilancarkan di Malaysia, tetapi bagaimana mereka sudah memilikinya?

Nak kata mereka membeli sambil melancong di luar negara seperti yang dibuat oleh kebiasaan orang ramai sebelum ini pun tidak juga. Pintu sempadan negara juga masih belum dibuka. Pelik bukan?

Patutlah ramai ‘kaki game’ beli PS5, rupa-rupanya..

Nah, jangan tertipu lagi! Hasil pemantauan SinarPlus rupanya foto yang dikongsikan beberapa pelayar media sosial itu sebenarnya adalah satu filter di Instagram yang telah dicipta oleh @aroneverthing dan tidak sangka ia menjadi tular dengan begitu pantas.

Filter ini membolehkan pengguna Instagram meletakkan PS5 tersebut dimana-mana yang mereka mahu kan dan paling menarik, ia memang nampak ‘real’.

Maka, tidak hairanlah jika ada yang terpedaya pada mulanya termasuk penulis sendiri. Aduh betul-betul ‘kena game’!

Patutlah ramai ‘kaki game’ beli PS5, rupa-rupanya..Patutlah ramai ‘kaki game’ beli PS5, rupa-rupanya..

Iklan

Korang boleh mencari filter ini dengan carian ‘PS5 Box’ dan jika korang tak nak filter PS5 ini dipamerkan, tekan sahaja simbol save.

Selepas save korang boleh muat naik foto tersebut di mana-mana platform media sosial seperti Facebook atau whatsapp status.

Iklan

Patutlah ramai ‘kaki game’ beli PS5, rupa-rupanya..

Filter ini juga membolehkan korang untuk ‘adjust’ saiz permainan video tersebut supaya lebih nampak real. Menarik bukan?

Orang kata angan-angan itu percuma. Kalau tak mampu beli, bolehlah feeling-feeling dulu guna filter ni dan jom kenakan kenalan korang!