JIKA tidak mahu berasak-asak di bazar Ramadan, apa kata anda pertimbangkan untuk menikmati juadah berbuka puasa yang ditawarkan di Kajang Food Station.

Tidak hanya menawarkan menu signatur seperti nasi ayam penyet, Nasi Ayam Kicap Berapi, nasi ayam cincang dan nasi berlauk dengan lebih 30 jenis masakan, malah terdapat sajian baharu menanti.

Pemiliknya, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, pihaknya menawarkan sajian istimewa, Nasi Kandar Melayu Klasik dengan olahan resipi yang dijamin mampu memenuhi kehendak pelanggan.

Kajang Food Station

“Sajian yang dibikin oleh kami sekeluarga menggunakan ramuan terpilih yang dikongsikan seorang cef terkenal kepada menantu, Rohazreen Asri Rashid.

“Rempah-ratus yang kami gunakan adalah ditempah khas dari Pulau Pinang. Jadi, keaslian rasa dengan cita rasa Melayu tak akan lari. Insya-ALLAH pasti sedap,” kata pendakwah terkemuka itu.

Kajang Food Station

Baca juga Konsep mangkuk tingkat jadi tarikan unik Bufet Ramadan Aneka Selera Desa Restoran Riverside WTCKL, pengunjung boleh bawa pulang juadah bersahur

 

Sepinggan Nasi Kandar Melayu Klasik itu dilengkapi dengan pilihan ayam goreng berempah, telur masin, sayur kobis goreng, bendi, cili hijau yang digabungkan lima jenis kuah.

Antaranya kari ayam, kurma dan gulai.

Kajang Food Station

“Tak cukup dengan itu, orang ramai boleh membeli lauk-pauk tambahan yang dijual berasingan bagi memenuhi keinginan masing-masing,” kata belahan jiwa kepada Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood itu.

Baca Bufet makan sampai kenyang, ini 8 lokasi steamboat & grill harga mampu milik boleh bawa satu famili

Iklan

Jika mahu berbuka puasa di premis yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pada satu-satu masa itu, tiada masalah kerana kemudahan seperti tandas dan surau.

Kajang Food Station

Pakar motivasi keluarga itu turut mempelawa orang ramai untuk datang berbuka puasa bersama orang tersayang.

Kajang Food Station
Alamat: Jalan Sungai Kantan, Kajang, Selangor
Masa: 4 petang hingga 7 malam
Menu signatur: Nasi Kandar Melayu Klasik, nasi ayam penyet dan Nasi Ayam Kicap Berapi
Harga: Bermula RM8
Facebook: Kajang Food Station

Iklan

Kajang Food Station

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!