PERNAH dengar hotel kapsul atau kolong tak? Simen konkrit yang diubah suai menjadi tempat tidur menjadi satu keunikan, lebih-lebih lagi ditawarkan pada harga bajet.

Ya! Jangan tidak percaya di Malaysia pun ada konsep hotel seperti itu khususnya di Pulau Langkawi, Shah Alam, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Tioman serta Kuantan, Pahang.

Kalau ada bajet lebih, bulan depan dah boleh plan ke sana. Jika tidak, kita kumpul wang ajak famili atau kawan-kawan agar percutian lebih meriah.

Namun SinarPlus cadangkan, agar kita buat booking awal untuk dapatkan bilik dengan pemandangan yang menarik. Itu yang selalu kita mahukan bukan?

Berikut disenaraikan lima destinasi pilihan yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk ‘plan’ bercuti pada masa akan datang.

Hotel Tubotel

hotel kolong

Konsep hotel dalam saluran pembetungan air gergasi menjadi salah satu tarikan di Pulau Langkawi.

Dengan lokasi berhampiran Pantai Cenang, Langkawi, Kedah ramai pengunjung sama ada dalam dan luar negara suka menghabiskan masa untuk bersantai dan berswafoto.

Barangkali berkonsepkan ala-ala hostel, harga yang dikenakan juga agak murah untuk satu bilik.

Hotel Riccartone Capsule

hotel kolong

Jika mahukan kelainan, boleh kunjungi Hotel Time Capsule di tengah bandar Melaka dan Kuala Lumpur ini.

Berkonsepkan kapsul angkasa, pastinya membuatkan pengunjung teruja dengan dekorasi ala-ala alam semesta.

Seperti Tubotel, konsep hotel ini juga seperti hostel kerana boleh memuatkan 12 orang dalam satu-satu masa. Kalau anda jenis tak kisah beramai-ramai, hotel ini merupakan pilihan yang bagus.

Setakat nak tidur saja, apa salah, kan?

Hotel Time Capsule Retreat

hotel kolong
Nah! Hotel ini memang cukup mendamaikan dan cozy.

Masakan tidak, lokasi di pinggir hutan di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang itu memang menjanjikan sesuatu lain daripada lain.

Pengusahanya sangat kreatif apabila kolong gergasi telah diubah suai menjadi set bilik tidur lengkap dengan tingkap dan pintu cermin membuatkan anda dekat dengan alam semula jadi.

Iklan

Hotel Luma Casa Capsule

hotel kolong

Sekali pandang, memang tak jangka ruang ini adalah hotel.

Ya, cetusan idea dekorasi Jepun menjadikan suasana kecil nampak luas dan menenangkan.

Sesuai untuk backpacker, bajet untuk menginap di sini agak murah dan boleh cuci mata melihat keindahan bandaraya Shah Alam.

Go Deeper Tioman

hotel kolong

Iklan

Siapa pernah dengar tempat ini? Jika bercuti di Pulau Tioman, barangkali boleh pertimbangkan untuk menginap di Go Deeper.

Apa yang menarik, tempat ini seperti bongkah kolong yang disusun cantik secara bertingkat dan dikelilingi alam semula jadi yang cukup mempesonakan.

Sambil menyelam di dasar laut yang cukup cantik, hilangkan penat dengan beristirehat di tempat yang unik ini.