SETIAP kali pergi bercuti, perkara yang menjadi keutamaan dan paling diberi penekanannya pastinya, lokasi penginapan.

Terdapat sebahagian daripada kita lebih cenderung memilih resort atau inap desa, namun lebih ramai yang menggemari menginap di hotel.

Bagi memenuhi selera kontemporari, ramai pengusaha hotel nampaknya semakin kreatif mendekorasi ruangan tertentu hotel seperti lobi dan bilik bagi menyuntik suasana nyaman dan kondunsif sekali gus menarik perhatian umum.

Setiap sudut disusun atur kemas agar para pengunjung termasuk para instafamous mengabdikan foto di  zon paling ‘stailo’.

Dewasa ini, dengan hanya satu atau dua keping gambar, boleh membuatkan satu-satu hotel popular sekelip mata.

Salah satunya adalah Hotel Kloe bertaraf tiga bintang yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kehadiran hotel butik atau indie berkenaan dikatakan telah berjaya memperkenalkan satu lagi hotel berprestij dalam kalangan hotel-hotel ternama di kawasan segi tiga emas itu.

Lebih membuatkan premis itu menonjol adalah disebabkan lokasinya yang strategik, berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka, kawasan pelancongan dan paling penting, mudah ‘menggapai’ apa jua kemudahan termasuk pengangkutan.

Namun di Bukit Bintang, sudah cukup untuk seseorang berjalan kaki untuk singgah dari satu lokasi ke lokasi lain.

Hotel KLoe sebenarnya diasaskan oleh pelakon dan pengacara terkenal, Cheryl Samad bersama suaminya, Ng Ping Ho.

Berdasarkan pemerhatian, hotel berkenaan berkonsepkan industri yang mana dinding dan lantainya menggunakan blok batu-bata merah dan simen. Pihak hotel juga dilihat menerapkan elemen kolaboratif antara kedamaian alam sekitar dan seni kraf di premisnya.

Ya, sekali pandang, ia tidak ubah seperti kediaman Goblin yang digunakan sepanjang penggambaran drama siri terkenal Korea Selatan, Guardian:The Lonely and Great God.

Pun demikian, Cheryl dan Ping Ho sangat bijak dalam aspek pemilihan perabot yang nampak classy, eksklusif dan mewah.

Di sesetengah bilik, mereka mengajak pengunjung mengingati kembali nostalgia zaman dahulu kala dengan menerapkan meja, kerusi dan lampu berasaskan kayu rotan.

Di bilik lain yang semestinya sangat luas, mengimplemenkan stail kontemporari pula. Jadi, setiap pengunjung boleh memilih bilik mengikut kecenderungan masing-masing.

Namun, bagi penulis,secara keseluruhan Hotel Kloe dapat memenuhi cita rasa pengembara tempatan dan luar negara.

Mempunyai kapasiti bilik sebanyak 85 buah dengan dua pilihan bilik iaitu City dan Courtyard, hotel tersebut turut menyediakan lima ruangan loteng untuk para pengunjung menghabiskan masa terluang bersama keluarga dan rakan.

Untuk mendapatkan harga yang menarik, pengunjung dinasihatkan membuat tempahan melalui laman web mereka sendiri www.kloehotel.com.

Iklan

INFO

  • Alamat: 227, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  • Harga bilik: Bermula RM240 semalam (bergantung pada hari)
  • Facebook: Kloe Hotel
  • Instagram: @kloehotel
  • Laman web: https://kloehotel.com

MENGINAP di hotel yang selesa merupakan satu bonus dalam aktiviti pengembaraan. Sekiranya premis yang dipilih mempunyai nilai estetika  tinggi seperti menyimpan sejarah tersendiri di samping elemen sentuhan klasik pada seni binanya, pasti membuatkan percutian menjadi lebih bermakna.

Berikut SinarPlus senaraikan hotel-hotel yang berbaloi untuk didiami meskipun bukan bertaraf lima bintang:

Ipoh Bali Hotel

Iklan
  • Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, Ipoh, Perak
  • Harga bilik: Bermula RM280 semalam
  • Facebook: Ipoh Bali Hotel
  • Laman web: ipohbalihotel.com

1969 Business Suites

  • Alamat: No 2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, Ipoh, Perak
  • Harga bilik: Bermula RM250 semalamFacebook: 1969 Business Suites
  • Laman web: www.1969businesssuites.com.my

Hotel Museum

  • Alamat: No. 76, Jalan A.S. Mansoor, Off Transfer Road, Pulau Pinang
  • Harga bilik: Bermula RM261 semalamFacebook: Museum Hotel PenangInstagram: @museumhotelpenang
  • Laman web: www.museumhotel.com.my

Hotel De Art

  • Alamat: 3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7, Shah Alam, SelangorHarga bilik: Bermula RM98 semalam
  • Facebook: Hotel De ART, Msia’s Coolest Hotel
  • Instagram: @hoteldeart