PERCUTIAN yang selamat dan menyeronokkan pasti menjadi kriteria penting buat kaki jalan yang mengimpikan hari-hari indah bersama keluarga tersayang terisi dengan aktiviti menarik.

Meskipun pandemik Covid-19 masih mengganas, apa kata destinasi pilihan di Kota Tinggi ini disimpan rapi terlebih dulu. Barangkali selepas semuanya telah reda, apa kata pembaca SinarPlus terus menghalakan stereng ke sana.

Namun, sentiasalah mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

kota tinggi

Ramai yang tidak tahu, mukim paling besar di Johor itu sebenarnya memiliki pelbagai hidden gems unik yang boleh dikunjungi untuk bersantai, menenangkan fikiran ataupun menghadam sejarah.

Apa yang boleh dilakukan jika bercuti selama dua hari satu malam di sana?

Selepas SinarPlus meneliti, kami mencadangkan agar pengunjung bermalam di Desaru Coast yang bukan sahaja menyediakan beberapa penginapan mewah serba lengkap, malah keindahan pantai eksklusifnya sepanjang 17 kilometer boleh membuatkan kita merasakan lokasi itu umpama ‘syurga dunia’.

kota tinggi

Desaru Coast meliputi hotel Hard Rock Hotel Desaru Coast dan The Westin Desaru Coast Resort. Berdekatan dengan dua lokasi itu adalah taman tema air baharu, Adventure Waterpark.

Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Hoe Teck Wei berkata, pihaknya menawarkan promosi yang dikenali sebagai Sand-sational di Desaru Coast Destination Resort.

Antaranya, penjimatan hingga 60 peratus termasuk harga tiket untuk ke Adventure Waterpark.

Ujar Teck wei, taman tema air terbesar yang berlatarbelakangkan perkampungan nelayan tradisional memiliki water coaster pertama di rantau ini yang sememangnya tiada lagi di tempat lain.

“Di Adventure Waterpark, ia terbahagi kepada lima zon splash-tacular. Antaranya Penawar Falls akan mengalu-alukan kedatangan para pengunjung dengan simulator peluncur ombak berkuasa tinggi. Di sini juga orang ramai boleh melihat pemandangan perkampungan nelayan yang indah.

kota tinggi

“Sementara itu, mereka yang inginkan aksi dan pengembaraan boleh menaiki Wild Whirl, Super Twister, Riptide dan The Tempest yang memberikan pengalaman baharu penuh keterujaan sambil bergelak ketawa,” katanya.

Semua tawaran itu sah hingga 17 Disember depan.

SinarPlus harap pihak Desaru Development dapat memanjangkan lagi tarikh promosi itu kerana kemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih dikuat kuasakan lagi ketika itu.

Kembara di Kota Tinggi boleh diteruskan dengan membawa insan tercinta meneroka alam semula jadi atau mencabar diri dengan mendaki Gunung Panti dan Gunung Muntahak.

kota tinggi

Iklan

Jika itu bukan pilihan, apa kata jalan-jalan di kawasan kehijauan lain yang tidak kurang hebatnya. Antaranya:

  • Air Terjun Kota Tinggi
  • Kampung Belukar Durian Wetlands
  • Pantai Desaru
  • Firefly Valley Leisure Park
  • Kelip-Kelip Sungai Lebam

Jika pengunjung yang gemarkan tentang sejarah silam, Kota Tinggi sebenarnya menyimpan khazanah sejarah yang tidak ternilai.

kota tinggi

Kebanyakan artifak yang berusia beratus tahun lamanya masih terpelihara. Antara muzium yang terdapat di daerah itu ialah:

  • Muzium Kota Johor Lama
  • Muzium Kota Tinggi
  • Muzium Nelayan

Pekan Kota Tinggi tidak seperti dulu lagi. Ini kerana bangunan-bangunan lama telah dihiasi dengan lukisan mural yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Jika pengunjung tersesat, tanya sahaja orang di sekeliling lokasi Art Street Kota Tinggi. Memang ideal untuk berswafoto.

kota tinggi

Iklan

kota tinggi

kota tinggi

Berdekatan dengan pekan tersebut, terdapat beberapa destinasi lain yang menceriakan. Antaranya:

  • Desaru Ostrich Farm
  • Desaru Fruit Farm
  • Koref Desaru Leisure Farm
  • Teluk Sengat Crocodile World
  • Jeti Lama Pengerang

Foto DESARU COAST dan FACEBOOK KAMI BANGSA JOHOR