BERITA baik buat warga Pulau Pinang! Kini laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Georgetown, dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.

Lebuh raya tertinggi di Malaysia itu mengambil masa selama enam tahun untuk disiapkan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sebanyak 30 peratus dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna jalan raya setiap hari.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, ini perincian berkaitan lebuh raya tersebut;

1. Laluan yang dibuka adalah konsesi yang disiapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825 kilometer (km) dengan jumlah kos sebanyak RM378.2 juta.

Baca juga Muzium hidup’ di Kampung Morten, Melaka miliki keunikan tersendiri. Ini sebab kenapa perlu bercuti di sini

2. Istimewanya projek berkenaan ialah terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai lebuh raya paling tinggi di Malaysia.

Setelah 6 tahun, kini laluan dibuka untuk orang ramai. 9 fakta berkaitan lebuh raya tertinggi di Malaysia

3. Kerja pembinaan yang bermula pada 14 Januari 2016 itu siap pada 24 Disember tahun lalu dan membabitkan beberapa skop pembinaan.

4. Ia menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam bagi berhubung ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan sekitarnya.

Iklan

5. Lorong basikal turut disediakan di sepanjang jejambat jalan berkenaan bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal menjalankan aktiviti ini di jejambat tertinggi.

6. MBPP juga merancang bagi membina kawasan rekreasi untuk memberi kemudahan kepada orang ramai beriadah.

Baca juga Wow! Pantai berpasir di Putrajaya akan dibuka hujung Disember ini, 4 fakta mengenainya

Iklan

7. Menurut Setiausaha Bandaraya MBPP Ir A Rajendran, jalan itu dibina mengikut standard yang ditetapkan daripada segi keselamatan, had kelajuan dan lain-lain lagi.

8. Selain Jabatan Kerja Raya (JKR), bahagian geologi juga dilantik bagi mengkaji keselamatan bahagian cerun di sana.

9. Projek lebuh raya sepanjang 5.5 kilometer (km) itu menelan belanja sebanyak RM545.6 juta, terdiri daripada tiga bahagian yang menghubungkan Paya Terubong dan Relau.