Peluang jadikan kereta kesayangan skala Hot Wheels dan dipasarkan seluruh dunia

A
A
A

SEPERTI yang telah dijadualkan sebelum ini,  Hot Wheels Legends Tour Malaysia anjuran Art of Speed Malaysia (AOS) sepatutnya berlangsung ketika pusingan Super GT Malaysia 2020 di Sepang Julai lalu.

Malangnya disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang kini sedang melanda dunia menyebabkan perlumbaan yang julung-julung kalinya dianjurkan di Malaysia ini terpaksa dibatalkan.

Namun, berita baik apabila dimaklumkan Hot Wheels Legends Tour di Asia ini akan tetap dilangsungkan pada tarikh baharu yang telah dipersetujui.

Format pertandingan juga telah diubah bersesuaian dengan situasi Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah pertandingan perlumbaan atau ubahsuai kereta mainan Hot Wheels, tetapi ia sebenarnya melibatkan pencarian kereta-kereta kustom dalam saiz atau skala sebenar.

Pertandingan ini mencari pemenang pada peringkat Malaysia sekali gus melayakkan untuk bertanding ke peringkat global.

Melalui penyertaan tersebut, kereta terbaik akan ditransformasikan dalam bentuk model kereta Hot Wheels dalam skala 1:64 dan ia akan dipasarkan ke seluruh dunia! Wow!

Bayangkanlah kalau kereta korang terpilih, satu dunia akan melihat hasil seni korang ubah suai kereta. Tapi pastikan keasliannya okey! Jangan pula celup design orang lain.

Peluang jadikan kereta kesayangan skala Hot Wheels dan dipasarkan seluruh dunia

Untuk pusingan di Malaysia ini, AOS akan dibantu oleh Toys “R” Us Malaysia.

Acara yang dibuat dengan cara “penjelahan digital” ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Hot Wheels.

Pemenangnya akan diumumkan pada 12 November nanti di pusat beli belah 1 Utama, Bandar Utama, serentak dengan acara on-ground Art of Speed Malaysia 2020.

Finalis yang disenarai pendek pada acara itu akan dipilih oleh juri berdasarkan kreativiti, keaslian dan semangat garasi kereta masing-masing pada hari berkenaan.

Finalis dari Malaysia akan menyertai pula finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada bulan November ini untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai sebuah kereta die-cast 3-inci Hot wheels.

Bagaimana nak sertai?

Mulai hari ini sehingga 15 Oktober 2020, peminat boleh mengirimkan foto dan video kenderaan binaan khas mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/ bagi membolehkan hasil reka bentuk mereka dipaparkan di Legends Tour/Lokasi maya.

Selepas tarikh akhir penyertaan ditutup, para juri Legends Tour akan memilih kenderaan terbaik yang akan ditampilkan semasa acara on-ground Art Of Speed Malaysia 2020 ke-9 pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan akan dinilai secara ‘live’.

Peluang jadikan kereta kesayangan skala Hot Wheels dan dipasarkan seluruh dunia

Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang.

Pada masa yang sama, sebahagian besar kenderaan adalah termasuk yang mewakili Hot Wheels dalam semua aspek budaya kereta.

Bukan senang nak tengok kereta korang yang terpilih untuk dijadikan sebuah model skala Hot wheels dan menjadi rebutan para collector dari seluruh dunia.

Sekali gus korang juga mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa tau. Jadi, tunggu apa lagi? Kalua korang rasa kereta korang cukup ‘jahat’ segera hantarkan penyertaan!

Selamat maju jaya!

https://youtu.be/JP9PNlnQGKA

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca