Penelope Cruz dilantik duta GEOX, jana idea dengan kakak hasilkan koleksi terbaharu

PELAKON tersohor yang juga pemenang Oscar, Penelope Cruz dilantik duta pertama GEOX baru-baru ini.

Pengasas dan Pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato berkata, pemilihan Cruz dilihat bakal membawa jenama itu ke persada antarabangsa selaras dengan personaliti dirinya yang mempunyai evolusi stail kesederhanaan, kekuatan, keanggunan dan keselesaan sejajar dengan aspirasi jenama itu.

“Pelantikan tersebut akan menyaksikan Cruz dan kakaknya, Monica mencipta satu koleksi kapsul menawan yang dijadualkan keluar pada musim bunga dan panas 2024. Koleksi eksklusif ini direka dengan bijak untuk memenuhi keperluan wanita moden yang mendambakan gabungan praktikal dan imaginasi,“ kata Moretti dalam satu kenyataan.

Koleksi GEOX by Penelope dan Monica Cruz memberi seleksi kepada pengguna untuk mendapatkan kasut Mocassins dengan palet jingga, merah dan merah jambu.

 

Pilihan lain adalah himpunan pakaian luar seperti jaket trench kalis air diperbuat daripada bahan kitar semula dan fabrik yang mampan.

Dalam pada itu, untuk musim luruh dan sejuk 2023/2024, GEOX mengetengahkan pelbagai jenis kasut lelaki dengan menyelitkan gaya lelaki Itali.

Ia menampilkan reka bentuk baharu dengan nilai estatik klasik yang dihasilkan daripada bahan premium, berinovatif dan mesra alam serta dipadankan dengan teknologi kebolehnafasan, kalis air termasuk thermo-regulation.

BACA JUGA: Selepas 35 tahun, PUMA keluarkan semula kasut Slipstream PUMA dengan gaya klasik dan sedikit sentuhan baharu

BACA JUGA: Kasut GEOX tak pernah tak selesa. Tampil dengan koleksi Spherica Actif yang kalis air, kusyen lebih selesa

Iklan

Kasut but Chelsea, sneaker Cupsole, kasut Fluctis dan Derby antara yang disenaraikan dalam himpunan terbaharu bagi lelaki.

Sementara bagi kaum Hawa, GEOX menawarkan pelbagai jenis bentuk dan gaya pada harga yang mampu milik.

Salah satunya adalah rangkaian Walk Pleasure yang mewakili gaya formaliti moden, menampilkan ikatan tali lebih maskulin, court shoes, kasut loafer, kasut but dan kasut but buku lali. Kasut dan pakaian luar GEOX berharga bermula RM799.90 hingga RM1,599.

Iklan

Untuk mendapatkannya, kunjungi butik GEOX berhampiran dan menerusi platform online seperti Shopee, Lazada dan Zalora.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang