TAWARAN harga rahmah untuk set makanan memang sangat dialu-alukan oleh orang ramai. Kalau boleh diteruskan sampai bila-bila.

Kalau set nasi bajet atau nasi kukus yang dijual dengan nilai bawah RM5, memang boleh ringankan beban.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai banyak tanggungan.

Bukan apa, dengan peningkatan kos sara hidup sekarang ini ramai yang tersepit. Sampaikan ada yang terpaksa ikat perut gara-gara duit tak cukup nak beli makanan.

Barangkali prihatin dengan situasi tersebut, muncul beberapa peniaga yang berusaha untuk menawarkan set nasi bajet, nasi kukus ayam atau nasi berlauk pada harga rendah.

Nasi Bajet Shima yang terletak di Kota Damansara, Selangor, misalnya antara lokasi yang pernah viral satu ketika dahulu kerana menawarkan set hanya RM3.50 jer.

harga rahmah

Set nasi bajet dengan lauk ayam masak kicap, ayam masak merah, kari, daging goreng berlada dan sambal sotong dijual bermula jam 4 petang.

Kalau kalian tengah ‘sesak’ tengah bulan dan jujur ketika membeli nasi tersebut, si penjual dengan senang hati akan memberi sedekah nasi tambahan.

 

Menariknya, dalam satu perkongsian wanita itu baru-baru ini, beliau turut membuka peluang kepada orang yang memenuhi slot infak sepanjang bulan Ramadan.

“Saya akan agihkan nasi bajet percuma selama 15 hari berpuasa saja. Jika ada yang berhajat, bolehlah buat kira-kira sendiri.

harga rahmah

“Walau infak sebungkus nasi pun (RM3.50 sebungkus) saya terima. Jika tak mampu dengan duit, boleh doa yang baik-baik untuk semua.”

Selain itu, ramai lagi peniaga di sekitar Selangor menjual hasil makanan mereka pada harga cukup berbaloi.

Berikut lima lokasi yang boleh kalian pertimbangkan jika berada berhampiran:

harga rahmah

Nasi Bajet Shima
Alamat: Seksyen 6, Kota Damansara, Selangor
Waktu operasi: Bermula 4 petang
Facebook: Nurul Shima Home Food Delivery
TikTok: @nurulshima_3

Baca juga Jual nasi bajet RM3.50 tular, pelanggan tak cukup duit beri percuma. Peniaga pernah susah, salin buku rujukan sekolah pinjam dari kawan, guna kain perca jadikan tuala wanita

harga rahmah

Iklan

Lan Nasi Kukus Viral
Alamat: Kampung Sungai Pinang Dalam, Klang, Selangor
Waktu operasi: 8 pagi hingga 3 petang
Facebook: Lan Nasi Kukus Viral
TikTok: @lannasikukusviral

harga rahmah

Nasi Bajet Syatini
Alamat: Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 5 petang
Facebook: Nasi Bajet Syatini

Baca juga Mulianya hati pasangan suami isteri ini, beri percuma nasi bajet RM2 untuk bantu orang susah

harga rahmah

Pecel Lele Padang Jawa
Alamat: Lot 617, Jalan Berangan, Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10.30 malam
Facebook: Pecel lele padang jawa

harga rahmah

Iklan

Nasi Bajet Dapur Meq
Alamat: Jalan BB 2/6, Taman Banting Baru, Banting, Selangor
Waktu operasi: Bermula jam 12 tengah hari
Facebook: Eyla Meq

Rasanya ramai lagi pengusaha yang menjalankan bisnes nasi bajet menerusi premis atau dari rumah saja.

Paling penting, usaha sedemikian dapat membantu mereka yang memerlukan atau cukup-cukup duit untuk disimpan sampai gaji.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!