Penjagaan terhebat antipenuaan daripada AHC. Bantu kurangkan kedutan, garis halus dalam masa 14 hari sahaja

A
A
A

JENAMA penjagaan kulit nombor satu Korea, AHC sekali lagi merintis penyelidikan inovatif dengan menghasilkan rangkaian Youth Focus baharu.

Ia menampilkan Pro Retinal 11X, bahan unggul yang 11 kali lebih berkesan daripada retinol untuk melambatkan tanda-tanda awal penuaan.

Pro Retinal 11X merupakan bahan unggul yang mencegah kedutan, mengelakkan penuaan kulit akibat sinar UV dan sinar biru, mengurangkan pigmentasi kulit serta memperbaiki rona kulit.

AHC dalam satu kenyataan berkata, rangkaian produknya telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kedutan, garis halus dan meningkatkan keanjalan kulit agar kelihatan lebih muda dalam masa 14 hari.

Sama ada anda masih dalam usia 20-an dan ingin membuat persediaan awal bagi rutin penjagaan kulit antipenuaan atau dalam usia 30-an yang ingin mendapatkan produk antipenuaan yang berkesan, rangkaian Youth Focus baharu dari AHC akan memperlihatkan titik, garisan dan permukaan yang lebih baik bagi kulit anda," kata jenama itu.

Berikut huraian rangkaian Youth Focus:

AHC Youth Focus Toner (130ml), RM165

Terbukti secara klinikal dapat meningkatkan tahap kelembapan kulit dengan serta-merta. Penyegar ini juga memastikan kulit anda mendapat penghidratan yang diperlukan untuk tempoh yang lebih lama. Tekstur gel air yang lembap dan ringan diserap dengan pantas tanpa rasa melekit.

AHC Youth Focus Emulsion (130ml), RM165

-Emulsi yang memulihkan kulit ini menyuburkan kulit dengan mendalam supaya kekal tegang dan licin. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur kulit dalam masa dua minggu, teksturnya yang ringan dan lunak menjadikannya sesuai untuk kegunaan pada waktu siang dan malam.

AHC Youth Focus Essence (30ml), RM212

-Mengandungi kepekatan retinal yang tinggi dan terbukti secara klinikal untuk mengatasi enam jenis kedutan dalam masa 14 hari (pada mata, mulut, garis senyum, kening, dahi dan leher). Di samping itu, ia mengecilkan pori, mencerahkan dan menegangkan kulit.

Produk AHC boleh didapati di kedai fizikal seperti Watsonsatau pembelian dalam talian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca