Penyakit yang dideritai Celine Dion tiada penawar. Hanya bergantung pada ubat saja

PENYANYI antarabangsa pujaan ramai, Celine Dion kini dilaporkan semakin uzur selepas disahkan menghidap penyakit saraf jarang ditemui tahun lalu.

Celine, 55, atau nama sebenarnya Céline Marie Claudette Dion dilaporkan menghidap Stiff Person Syndrome (SPS).

Keadaan tersebut menyebabkan pelantun lagu My Heart Will Go On itu semakin cengkung dan kurus kering.

Dalam perkembangan terkini, majalah Hello melaporkan keluarganya berusaha untuk memulihkan kesihatan beliau, namun SPS yang dihidapinya terlalu ganas.

celine dion

Menurut Cleveland Clinic, SPS merupakan gangguan neurologi autoimun yang jarang berlaku.

Penyelidik masih belum mengetahui punca sebenar sindrom itu berlaku, namun ia berkait dengan keadaan autoimun.

“Keadaan tersebut menyebabkan sistem imun tubuh menyerang sel yang sihat tanpa alasan yang munasabah.

“Mereka yang menghidap SPS menghasilkan antibodi yang melawan dekarboksilase asid glutamat (GAD),” katanya.

 

GAD memainkan peranan untuk menghasilkan asid gamma-aminobutyric yang membantu mengawal pergerakan otot.

Tambah laman perubatan tersebut, kewujudan antibodi GAD tidak bererti seseorang itu menghidap SPS.

syndrome
SUMBER Engin Akyurt daripada PEXELS.

Gangguan SPS boleh menjejaskan individu tanpa mengira umur dan jantina.

Pun begitu, simptom lazimnya boleh ketika penghidap berusia 30 hingga 40 tahun.

SPS boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya:

1. SPS Klasik: Ia dikaitkan dengan antibodi GAD.
2. SPS Variants: Melibatkan bahagian badan yang spesifik.
3. Progressive encephalomyelitis with rigidity and myoclonus: Situasi kronik yang mengakibatkan kemerosotan fungsi tubuh dan masalah pengerakan mata.

Situasi tersebut juga boleh dicetuskan oleh keadaan penyakit autoimun seperti berikut:

1. Diabetes tahap 1
2. Penyakit thyroid
3. Vitiligo
4. Anemia
5. Penyakit seliak

SUMBER Victor Freitas daripada PEXELS.

GEJALA KEKAKUAN DAN KEKEJANGAN

Mengulas lanjut, Cleveland Clinic berkata, dua gejala utama penyakit tersebut adalah kekakuan dan kekejangan.

Gejala yang dialami pesakit mengambil masa beberapa bulan hingga beberapa tahun untuk berkembang.

“Gejala sesetengah orang kekal sama selama bertahun-tahun.

“Keupayaan seseorang yang mengalami simptom teruk adalah terhad dan boleh mengganggu aktiviti seharian,” kata Cleveland Clinic.

SUMBER Karolina Grabowska daripada PEXELS.

Selain itu, pesakit juga akan berdepan kekejangan pada perut, dada dan belakang badan.
Ia boleh berubah tanpa sebab yang jelas.

Kekuan yang semakin meningkat akan menyebabkan postur tubuh yang tidak normal dan mengakibatkan kesukaran untuk bergerak dan berjalan.

Kekejangan otot juga adalah satu lagi gejala SPS.

Iklan

Gejala yang boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh dan boleh bertahan selama beberapa saat, minit atau jam.

Tambahnya, kekejangan yang dialami pesakit boleh dicetuskan oleh:

1. Bunyi yang tidak dijangka atau kuat.
2. Sentuhan fizikal atau rangsangan.
3. Perubahan suhu, termasuk persekitaran sejuk.
4. Situasi stres.

Disebabkan kekejangan otot yang tidak dapat diramalkan, sesetengah penghidap SPS mengalami kebimbangan dan agoraphobia iaitu ketakutan melampau untuk berada dalam kawasan sesak atau terbuka.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

TIADA PENAWAR

Sementara itu, Medical News Today menyatakan tiada penawar untuk pesakit SPS, namun rawatan boleh mengawal simptom yang dialami.

Doktor lazimnya akan memberikan ubat yang mampu menenang dan melegakan otot.

“Ubat antidepresan dan antiepileptic boleh bakal diberikan untuk merawat gejala psikiatri dan sawan yang mungkin terjadi akibat SPS,” katanya.

Individu yang mempunyai SPS juga boleh mendapat manfaat daripada imunoterapi atau rawatan pengubahsuaian penyakit.

Iklan

Baca juga: Makin cengkung & kurus, Celine Dion derita sindrom kejang otot tiada penawar, tidak putus asa untuk sembuh

Baca juga: Kejang otot boleh picu penyakit kronik seperti Parkinson. Ini antara makanan yang boleh bantu kurangkan risiko

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

Ia bertujuan mengubah tindak balas imun dan mengurangkan antibodi bahaya yang menyerang sel sihat.

Penghidap penyakit tersebut dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan berkala bagi mengawal gejalanya.

Ahli keluarga pula perlu memainkan peranan memberikan sokongan kepada pesakit supaya mereka terus kuat untuk menjalani kehidupan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang