PENYANYI, Celine Dion menjadi pujaan ramai. Dendangan suara soprano yang lemak dan merdu menjadikan Dion ratu balada sepanjang zaman. Lincah di pentas, Celine, 55, atau nama penuhnya Céline Marie Claudette Dion kini dilaporkan semakin uzur susulan penyakit saraf jarang jumpa yang didiagnos tahun lalu.

Sindrom kejang otot atau Stiff Person Syndrome (SPS) menjadikan ibu kepada tiga cahaya mata itu semakin kurus dan cengkung.

Dalam perkembangan terkini, keluarga telah berusaha sehabis baik untuk memulihkan kesihatan pelantun My Heart Will Go On itu.

Kakak ketiganya, Claudette, 74 mendedahkan Celine kini terus bersemangat berjuang untuk memulihkan kesihatan namun SPS terlalu ganas meragut kehidupan penyanyi itu.

Baca juga: Celine Dion hadapi penyakit tak dapat diubati, 6 fakta Stiff Person Syndrome yang perlu diketahui

“Celine melakukan segala-galanya untuk pulih. Dia seorang wanita yang kuat.

“Keadaan itu (SPS) menurut Yayasan Sindrom Orang Kaku, menjejaskan sistem saraf pusat, khususnya otak dan saraf tunjang.

“Pesakit boleh menjadi kurang upaya, berkerusi roda atau terbaring di atas katil, tidak dapat bekerja dan menjaga diri mereka sendiri.

“Kata mereka, penyakit neurologi dengan ciri auto imun boleh termasuk gejala seperti kekakuan ekstrem, kesakitan melemahkan, kebimbangan kronik.

“Pesakit SPS boleh mengalami kekejangan otot yang sangat ganas, malah mereka boleh terkehel sendi dan patah tulang.

“Itu serba sedikit yang kami tahu mengenai penyakit yang dialami. Kekejangan yang dialami Celine mustahil untuk dikawal.

“Tiada apa yang yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan kesakitannya.””kata Claudette.

Baca juga: Celine Dion batal konsert jelajah dunia

Kredit foto: AFP

Kepada Hello! Magazine, Claudette turut menyatakan harapan.

“Saya ada berhubung dengan Linda yang kini tinggal bersama dan menjaga Celine. Celine berusaha untuk pulih dan sentiasa berdisiplin dalam setiap rutin yang perlu dilakukan demi mencapai tahap kesihatan baik.

“Kami belum dapat mencari penawar terhadap penyakitnya tetapi mempunyai semangat adalah lebih penting. Kami yakin dengan dia.

“Secara jujur saya rasa dia perlu berehat. Dia selalu bekerja keras dan memberikan yang terbaik dalam kerjanya.

“Pada satu masa, hati dan badan mungkin cuba menyampaikan sesuatu dan penting untuk kita mendengarnya,” katanya lagi.

Baca juga: Kejang otot boleh picu penyakit kronik seperti Parkinson. Ini antara makanan yang boleh bantu kurangkan risiko

Pemenangan Anugerah Grammy sebanyak lima kali itu tidak berputus asa untuk sembuh. Bagaimanapun, kesihatan yang semakin uzur tidak mengizinkan beliau tidak lagi mampu beraksi di pentas.

Anak bongsu 14 adik-beradik itu membatalkan konsert-konsertnya yang telah dijadualkan pada 2023 sehingga April 2024.

Tidak pernah menyerah kepada takdir, Celine berikhtiar melakukan apa sahaja untuk sembuh. Isteri kepada René Angelil itu berharap dapat mengawal penyakitnya untuk menyanyi semula.

Celine pertama kali mendedahkan bahawa dia didiagnosis dengan sindrom orang kaku pada Disember 2023 menerusi hantaran di Instagram.

Baca juga: Miliki 329 anugerah, Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Justin Timberlake

Iklan

“Malangnya, kekejangan ini menjejaskan setiap aspek kehidupan harian saya.

“Kadang-kadang ia mengakibatkan kesukaran untuk saya berjalan dan tidak membenarkan saya menggunakan pita suara untuk menyanyi seperti biasa,” kongsinya dalam sebak.

Anak-anak adalah segalanya buat penyanyi itu selepas kematian suami 2016.

Celine yang memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu René-Charles, 22, pasangan kembar Nelson dan Eddy berusia 11 tahun menyatakan permata hatinya itu sentiasa menyokong dan memberikan semangat.

Difahamkan, beliau kini tinggal bersama anak-anak dan kakak ke-10, Linda, di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Baca juga: Bruce Willis bersara akibat aphasia, berikut fakta penyakit dihadapinya

Iklan

Celine berkahwin dengan suaminya, Angelil pada tahun 1994.

Pada 2013, penyanyi berasal Kanada itu mendedahkan melakukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) pertama ketika berusia 33 tahun untuk mendapatkan cahaya mata sulung.

Untuk hamil kali kedua, Celine melakukan IVF sebanyak enam kali sebelum dikurniakan anak kembar.

Baca juga: “Ramai benci saya”, Brad Pitt alami penyakit sukar kenal orang, prosopagnosia

Foto utama: AFP, Instagram Celine Dion

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!