PENYAKIT jantung kekal menjadi pembunuh nombor satu di Malaysia. Lebih membimbangkan, kolesterol tinggi merupakan faktor risiko utama penyakit jantung menjejaskan 8 juta penduduk dewasa di Malaysia.

Prihatin dengan situasi berkenaan, Nestle Omega Plus membantu memeranginya dengan memperkenalkan susu perisa coklat baharu, Dark Choc.

Diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat, versi terkini itu menawarkan satu pilihan minuman baharu buat sesiapa yang ingin menjaga jantung, kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestle (Malaysia) Berhad, Lam Pui Yuee.

“Kami menghasilkan varian Dark Choc ini dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Hanya dua gelas sehari dapat memenuhi 100 peratus keperluan kalsium harian, 11 vitamin dan mineral penting,” katanya.

BACA JUGA Anak tak cerdik kalau tak diberi minum susu? Berikut penjelasan pakar yang wajib kita tahu

BACA JUGA Walk-a-Million-Miles Nestle Omega Plus teruskan misi bantu biaya kos rawatan pesakit jantung

Diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat, versi terkini itu menawarkan satu pilihan minuman baharu buat sesiapa yang ingin menjaga jantung.

Nestle Omega Plus Dark Choc juga antara lain menawarkan manfaat ActiCol iaitu 1.2 gram sterol tumbuhan yang terbukti secara saintifik dapat membantu menyekat penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah.

Iklan

Selain merendahkan paras kolesterol, produk terkini itu turut menawarkan kebaikan tambahan koko yang lazat.

Nestle Omega Plus Dark Choc kini boleh didapati di gedung runcit utama di seluruh negara dan didatangkan dalam dua saiz iaitu pek 550 dan 900 gram.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan