BATUK berpanjangan melebihi dua minggu? Eloklah segera berjumpa dengan doktor.

Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB) merupakan antara salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam membantu pesakit tuberkulosis (tibi).

Insentif itu bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung selain memastikan pesakit melengkapkan semua sesi rawatan di hospital.

Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan insentif itu di hospital dan klinik kerajaan atau pusat khidmat masyarakat.

Bayaran insentif dibuat menerusi tiga transaksi iaitu RM200 bagi dua bulan pertama, RM200 (dua bulan seterusnya) dan RM400 sehingga selesai rawatan.

Pada masa yang sama, anggota perubatan sedang giat menguar-uarkan inisiatif itu kepada orang ramai. Antaranya, Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa.

Rakyat di negeri Selangor yang menghidap penyakit tibi boleh apply bantuan RM800 di bawah program Selangor Prihatin.

Iklan

Semoga insentif IRTB sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit-pesakit tibi di negeri Selangor. Inisiatif yang baik ni!
Untuk makluman lanjut, layari https://www.selangorprihatin.com/insentifrawatantibi,” kongsi beliau menerusi Twitternya.

ANEKDOT

Iklan
Kriteria pemohon:
1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di NegeriSelangor
2. Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori
3. Sedang menerima rawatan tibi secara aktif
Proses permohonan:
1. Lengkapkan borang IRTB yang boleh didapati di laman web selangorprihatin.com
2. Hantar dokumen lengkap kepada Selcare Management melalui email gl@selcare.my.
3. Pembayaran akan dibuat kepada pemohon yang layak melalui 3 fasa:
  • Fasa 1 : RM 200
  • Fasa 2 : RM 200
  • Fasa 3 : RM 400
Senarai semak pemohon:

Sila kemukakan dokumen sokongan dibawah bersama borang permohonan bagi mengelakkan kelulusan ini dibatalkan:-

1. Memo / Surat Pengesahan doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi
2. Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E)
3. Salinan Kad Pengenalan pemohon
4. Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank
5. Salinan dokumen pengesahan pemastautin di Selangor (contoh: Bil air, bil elektrik, perjanjian sewa atau lain-lain dokumen berkaitan).