JENAMA keju terkemuka New Zealand, Mainland kini boleh dinikmati oleh penggemar keju di Malaysia.

Justeru, kepada pembaca SinarPlus yang meminati keju, apa kata memilih jenama tersebut untuk dijadikan ramuan memasak piza, burger, pasta hinggalah makanan Asia lain seperti budae jjigae Korea, nasi bakar keju gaya Hong Kong dan pisang goreng keju.

Pakar keju dari Fonterra New Zealand, Debbie Van-Niekerk berkata, antara pilihan keju Mainland adalah Vintage, Tasty, Colby, Gouda dan Edam.

 

Semuanya enak dinikmati begitu sahaja atau digabungkan dengan makanan lain. Sedap juga digunakan dalam masakan,“ katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Debbie, keju jenis Vintage mempunyai rasa manis dan bersalai amat sesuai untuk burger, pasta, daging atau ayam salai.

Tasty sesuai dimakan bersama serunding ayam dan rumpai laut kering, sementara Colby yang lembut dan manis amat sesuai dipadankan dengan kimchi dan jeruk sayuran pedas.

Gouda, sejenis keju separa lembut ala Belanda dengan rasa kekacang sangat sesuai dipadankan dengan rempah Sichuan yang dibakar, cili tradisional dan salad cendawan.

Edam pula memiliki rasa manis, lemak dan berkacang.

Iklan

Dapatkan keju semula jadi Mainland yang matang secara semula jadi di pasar raya utama seluruh negara atau dihantar terus ke rumah anda melalui HappyFresh.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Anchor Dairy Malaysia.

 

Foto: Unsplash & Keju Mainland