KEPADA yang masih berkira-kira mencari telefon pintar pada harga mampu milik, apa kata memilih fitur terbaharu keluaran terbaharu POCO Global, POCO M3 yang cuma berharga RM599 dan RM699 sahaja.

Berdasarkan komentar, prestasi gajet itu cukup memberangsangkan apabila memiliki storan yang agak besar iaitu 4GB+64GB dan 4GB+128GB kerana fitur baharu untuk antara lain itu mampu menyimpan banyak gambar dan video.

pocom3

Bukan itu sahaja, POCO M3 juga sesuai untuk kaki game kerana didatangkan dengan paparan pintar FHD dan dikuasakan pemproses Qualcomm Snapdragon 662.

pocom3

Menurut Ketua POCO Global, Kevin Qiu, selain ketahanan bateri 18W yang mampu bertahan untuk lima hari, kelajuan pengecasan juga lebih pantas dengan mod penjimatan bateri ultra MIUI.

Iklan

Gajet serba boleh itu didatangkan dengan rona kuning yang lebih funky, hitam dan biru.

pocom3

Iklan

Apa yang boleh dirumuskan, rekaan POCO M3 memang cukup unik. Paling penting, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih iaitu menggunakan sensor muka dan jari.

POCO M3 sudah boleh didapati di gedung maya, Xiaomi Official Store Global di Lazada Malaysia.