PENYANYI, Bunga Citra Lestari baru sahaja mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan usahawan Tiko Aryawardhana awal Disember tahun lalu.

Dua bulan melayari bahtera rumah tangga, pelantun lagu Wanita Terbahagia dan Cinta Sejati itu baru-baru ini meluahkan enggan hamil dan mempunyai anak lagi.

Memetik laporan Suara.com, selebriti yang bakal genap 41 tahun 22 Mac itu menyatakan dirinya sudah tua dan enggan mengambil risiko jika mengandung pada usia sebegitu.

Baca juga: Diberi peluang jadi bridesmaid BCL, Aishah Sinclair terharu. ‘Dia sangat berdikari, baik hati dan penyayang’

Baca juga: Bunga Citra Lestari kini isteri Tiko Aryawardhana. Hanya 100 tetamu, lokasi pernikahan di Bali dikawal ketat

Bunga dalam temu bual saluran YouTube Kreasi berkata, beliau sudah cukup berumur untuk memiliki bayi kecil lagi.

“Rasa tidak mahu anak lagi, saya sudah tua. Mungkin berisiko sebab saya sudah lebih 40 tahun. Usia 35 hinga 40 tahun sudah mula risiko jika hamil,” katanya.

Sebelum bernikah dengan Tiko, Bunga terdahulu mempunyai seorang cahaya mata lelaki bersama pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

Baca juga: 2 kali ganda risiko diserang strok, wanita usia 35 tahun perlu tahu ini

Baca juga: Mudanya opah! Wanita timang cucu pada usia 35 tahun curi perhatian ramai

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

Manakala Tiko pula memiliki tiga anak perempuan daripada perkahwinan pertamanya bersama Arina Winarto.

Memang benar kehamilan melepasi usia 35 tahun berisiko tinggi. Berikut keadaan boleh berlaku yang membahayakan nyawa ibu dan bayi:

1. Tekanan darah tinggi

Wanita berisiko mendapat darah tinggi iaitu hipertensi akibat kehamilan dan praeklampsia. Ia menyebabkan mereka cenderung untuk mendapat sawan ketika mengandung.

2. Kencing manis

Iklan

Kencing manis ketika mengandung boleh mendatangkanpelbagai risiko kepada ibu dan anak, selain obesiti. Wanita berusia lebih 30 tahun berpeluang menghidap Gestational diabetes mellitus (GDM) ketika mengandung berbanding wanita lebih muda.

Gambar hiasan

3. Tumpah darah selepas bersalin

Keadaan ini sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa ibu, tetapi terdapat sebahagian kes masih boleh dirawat dan diselamatkan.

4. Kelahiran melalui pembedahan dan instrumental delivery

Wanita hamil lewat usia cenderung untuk melahirkan anak melalui kaedah caesarean dan forceps atau vakum. Ia lazimnya disebabkan bukaan lambat ketika bersalin.

Iklan

5. Syndromic baby
Bagaimana pula dengan bayi? Jelas pakar tersebut, si kecil itu cenderung untuk mendapat Syndromic baby. Sebagai contoh, mengalami sindrom down, sindrom Patau dan sindrom Edward. Hal tersebut tercetus kerana semakin meningkat usia, kualiti benih wanita dan lelaki semakin berkurangan. Selain itu, bayi juga akan kecil daripada usia sebenar.

Sumber: Suara.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang