Mineral, sumber lautan bantu sihatkan helaian rambut

A
A
A

Oleh MAZLINA MAJID

JENAMA kecantikan mesra alam Unilever, Love Beauty and Planet baru-baru ini memperkenalkan produk baharu, Clean Oceans Edition yang menggunakan bahan semula jadi yang kaya dengan mineral penting.

Clean Oceans mempunyai dua varian baharu iaitu Deep Detox dan Marine Moisture yang masing-masing terdiri daripada syampu, pelembap, mandian dan losen badan.

Pengurus Pemasaran Kanan dan Ketua Kategori Penjagaan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Nuning Wahyuningsih berkata, inovasi terkini itu juga menggunakan 100 peratus bahan kitar semula dalam menghasilkan botol produknya dengan tujuan untuk mengurangkan sampah sarap di planet ini.

RAMBUT

“Ini mendorong pengguna untuk mengamalkan norma kitar semula produk kecantikan yang sering digunakan,“ katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Wahyuningsih, ramuan-ramuan sederhana namun efektif dalam produknya seperti mineral dan komponen lautan lain, dipercayai dapat membantu membersih, mengimbang dan memulihkan kesihatan rambut dan kulit kepala si pemakai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca