SEMPENA tarikh 6.6 yang bakal tiba tidak lama lagi, Lazada menawarkan promosi terbaik kepada pelanggannya.

Eh! Sebelum rebut semua diskaun yang ditawarkan, jangan lepaskan untuk mendapatkan potongan harga istimewa sempena cuti sekolah.

Leisure Saturday Lazada menyediakan diskaun bonanza hingga 60 peratus untuk lokasi terpilih.

Antaranya destinasi yang menjadi pilihan seperti Zoo Negara, Aquaria KLCC, Skytropolis Indoor Themepark, The Top Penang dan banyak lagi.

Jadi, tawaran harga tiket lebih murah pasti membuatkan ibu bapa teruja untuk membawa anak-anak beriadah.

jualan 6.6 lazada

Tiket masuk Wet World Shah Alam, Selangor, misalnya dijual pada harga lebih rendah iaitu RM29.40 manakala untuk kanak-kanak dan warga emas RM25.40.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 Kalau plan mahu ke Aquaria KLCC untuk menceriakan si kecil dengan pelbagai hidupan laut, tawaran tiket bermula RM33.50 hingga RM47.40.

Baca juga Syoknya! Tawaran shoppertainment, penjimatan hebat sempena jualan hebat ulang tahun ke-11 Lazada

Cuti sekolah masih berbaki lapan hari lagi. Jadi, bolehlah kalian rancang percutian singkat dengan penjimatan berganda.

jualan 6.6 lazada

PAKEJ PERCUTIAN

Nak booking hotel atau resort pun mudah.

Lazada menawarkan pakej percutian dua hari satu malam di Penang Eco Capsule Resort dengan harga bermula RM99 jer.

jualan 6.6 lazada

Tak payah dah pening-pening nak cari hotel jika berjalan ke Penang. Boleh singgah ke Top Penang dengan harga istimewa.

Jika mahu hotel yang lain, anda boleh usha promosi menarik yang ditawarkan untuk Bertam Resort & Water Park.

jualan 6.6 lazada

Destinasi pelancongan yang boleh dikatakan masih baharu diperkenalkan kepada orang ramai.

Lokasi strategik lengkap dengan taman tema air pasti membuatkan percutian anak-anak lebih bermakna.

PROMOSI 6.6

Iklan

Bersedialah menanti jualan kaw kaw yang akan berlangsung pada 6 Jun nanti.

jualan 6.6 lazada

Bagi mereka yang tidak mahu terlepas, chup dulu item idaman sebelum kehabisan stok kerana Lazada 6.6 Super Wow Sale yang berlangsung tiga hari sahaja dengan item terbaik sahaja.

Tak kiralah set kecantikan, kesihatan, pakaian, aksesori waima perkakas elektrik, semuanya murah-murah belaka.

jualan 6.6 lazada

Nak sebut satu-satu jenama, memang tak tertulis dalam artikel ini tapi apa yang pasti, kalian pasti berpuas hati.

Baca juga Cepat grab tawaran istimewa Jualan Raya Mega Lazada Mesti Beli Unbeatable Raya Markdowns, semuanya ada

Iklan

Jadi, apa tunggu lagi? Isi segera troli online untuk mendapatkan harga lebih rendah.

jualan 6.6 lazada

Paling penting, pilih seller yang dipercayai bagi mengelakkan diri terkena skim penipuan.

Okey! Selamat bercuti dan bershopping.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi