Puding roti sos kastad enak lemak berkrim

Puding roti sos kastad enak lemak berkrim
Puding roti sos kastad enak lemak berkrim
A
A
A

PUDING roti merupakan hidangan pencuci mulut yang mudah disediakan dan rasanya pun sangat sedap.

Daripada dibiarkan roti yang hampir tamat tempoh membazir begitu sahaja, baiklah dibuat sesuatu yang boleh dinikmati bersama keluarga.

Puding ini sangat sedap dimakan begitu sahaja. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gulanya.

Semua terpulang kepada cita rasa dan selera masing masing.

Jom kita cuba resipi puding roti bersos kastad yang dikongsikan oleh Noor Lela di Facebooknya.

Bahan-Bahan

Bahagian A

  • Roti 8 keping
  • Sekotak kismis

Bahagian B

  • 3 cawan susu segar
  • 2 biji telur
  • 4 sudu gula
  • 2 sudu mentega

Bahagian C (sos kastad)

  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu gula
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu tepung kastad

Artikel berkaitan: Ayam masak Bali viral dan sangat digilai

Cara-cara memasak

1. Roti dikoyak-koyak dan dimasukkan ke dalam loyang kemudian ketepikan.

2. Masukkan kesemua bahan bahagian B ke dalam periuk dan kacau hingga semua sebati, tidak perlu sehingga mendidih. Gunakan api kecil.

Apabila bahan bahan sudah sebati, curahkan ke atas roti tadi dan taburkan kismis di atasnya.

3. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah celcius selama 45 minit.

Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu dan di dalam dulang ketuhar, letakkan segelas air kemudian barulah letakkan loyang agar suhu di dalam oven sekata.

4. Sementara puding roti masak, kita buat sos kastad pula. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, masak dengan api yang kecil. Apabila semua bahan sudah sebati serta mendidih dan menjadi agak likat, tutup api.

Sendukkan puding roti yang telah masak ke dalam pinggan dan curahkan sos kastad di atas puding roti tadi.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca