SAMBAL bilis antara menu kegemaran ramai, makan pula bersama nasi putih panas-panas atau digandingkan bersama nasi lemak, memang terangkat.

Selain itu, boleh juga dicicah dengan roti. Sedap betul.

Ada yang suka versi garing, ada juga yang memilih bilis jenis lembut. Namun, keeenakannya terletak pada sambalnya yang padu. Betul, tak?

Bagi yang teringin nak buat sendiri sambal bilis tetapi bimbang tak menjadi, nah admin kongsikan resipi yang cukup mudah. Gerenti jadi dan padu rasanya.

Baca ni Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

sambal bilis

Menu ringkas tersebut boleh menjadi lauk penyelamat terutama bagi yang tidak sempat memasak.

Selain itu, boleh dibuat bekalan untuk anak-anak yang tinggal di asrama atau bekalan wajib yang dibawa ketika bercuti.

Baca lagi Resipi mudah sambal bilis crispy macam yang beli, rangup berperisa naikkan selera!

Baru-baru ini, admin menemui satu resipi sambil bilis yang dikongsi oleh Mariana Zainal menerusi Facebook miliknya.

“Buat stok sambal bilis garing kalau malas masak lauk. Makan pula nasi dengan sambal ini. Memang sedap,” ujar beliau memulakan intro perbualan mayanya.

Tak mahu berceloteh lanjut, SinarPlus nyatakan bahan-bahan yang digunakan dan cara penyediaan resipi mantap tersebut.

Bahan-bahan

2 genggam ikan bilis (jika mahu lebih pun boleh. Goreng sampai garing, toskan dan biarkan sejuk) (BELI DI SINI)

2 sudu besar gula pasir (BELI DI SINI)

2 sudu besar gula merah(buat warna lebih gelap) (BELI DI SINI)

1 sudu teh garam (BELI DI SINI)

Sedikit bahan perasa

1 keping asam keping (BELI DI SINI)

Bahan kisar

40 tangkai cili kering (BELI DI SINI)

3 biji bawang besar (BELI DI SINI)

10 ulas bawang putih (BELI DI SINI)

Iklan

3 sudu besar ikan bilis yang siap dikopek

1 dan 1/2 cawan minyak masak (Letak lebih pun boleh. Siap masak, ceduk buang minyak tersebut)

*Kisar semua bahan di atas

Cara penyediaan:

1. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali.

2. Masak guna api sederhana. Apabila sambal sudah mula mendidih, naik minyak dan bertukar warna, masukkan gula, garam dan bahan perasa.

3. Biarkan ia masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat.

4. Setelah itu, tutup api dan biarkan betul-betul sejuk.

Iklan

5. Setelah sambal sejuk, boleh masukkan ikan bilis yang siap digoreng garing.

6. Buang lebihan minyak. Simpan sambal dalam bekas.

sambal bilis

Selamat mencuba!

Cukup mudah kan, tengok gambar pun terliur pula. Admin rasa nak cuba buat nanti, boleh bawa waktu bercuti nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!