Resipi mudah sambal bilis crispy macam yang beli, rangup berperisa naikkan selera!

SAMBAL bilis salah satu menu pelengkap hidangan.Kadang kala muak dengan lauk pauk berat, sesekali teringin merasa sambal bilis garing ni.

Geng yang selalu travel atau ada anak tinggal di asrama mesti selalu sediakan sambal ini. Penulis sendiri bawa sambal bilis arwah emak semasa di kampus dulu, bekalan untuk bersahur. Rangup dan enak, kudapan begitu saja pun sedap.

Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

Resipi mudah sambal bilis crispy dikongsikan Ziela Mazlan ini wajib dicuba sebagai stok Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Rasanya sama je dengan yang beli kat luar tu. Buat sendiri lagi puas makan. Nak menyediakannya pun sangatlah mudah!”, katanya.

Baca juga: Sambal Gesek Bilis ringkas, mudah dan sedap

Jom kita pelajari cara buat sambal bilis crispy ni dengan bahan dan langkah berikut:

SAMBAL BILIS CRISPY

Bahan-bahan
Ikan bilis (digoreng) [BELI DI SINI]
Kacang tanah (digoreng)[BELI DI SINI]
Bawang goreng [ BELI DI SINI]
Cili kering digoreng (dikisar kering) [BELI DI SINI]
Kiub pati ayam [BELI DI SINI]
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis sambal

Cara penyediaan

1-Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas. Kuantiti minyak hendaklah seperti hendak menumis sambal. Kacau sebati dengan api sederhana.

2-Masukkan cili kering goreng yang telah dikisar dan kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.

3-Perasakan dengan garam dan gula agar secukup rasa.

4-Padam api dan sejukkan.

5-Biarkan sambal betul-betul sejuk baru dimasukkan ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi.

6-Gaul sebati dan siap!

Iklan

Baca juga: Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan

5 khasiat ikan bilis

1. Vitamin A
Ikan bilis sebanyak 100 gram memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

2. Kalsium
Ikan bilis kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 gram ikan bilis menyediakan sehingga 147 mg kalsium yang enting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.

Iklan

3. Kalium
Jika anda ingin menambah lebih banyak kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Ia penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.

4. Selenium
100 gram ikan bilis mengandungi 36 mcg selenium yang baik untuk kesihatan jantung.

5. Protein
Seperti kebanyakan ikan lain, ikan bilis juga mengandungi protein yang sangat bermanfaat untuk membina dan membaiki otot atau tisu, menghasilkan enzim, hormon, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Sumber: Ziela Mazlan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi