Rancang naik bas Rapid lebih mudah dengan aplikasi Google Maps

Rancang naik bas Rapid lebih mudah dengan aplikasi Google Maps
Rancang naik bas Rapid lebih mudah dengan aplikasi Google Maps
A
A
A

RAPID Bus Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pengendali operasi bas Rapid KL, Go KL, dan SMART Selangor, melancarkan perkongsian data melalui aplikasi Google Maps.

Diusahakan dengan kolaborasi bersama Google, aplikasi yang menggunakan data disediakan oleh Rapid Bus itu berupaya membantu pengguna perkhidmatan bas berkenaan merancang perjalanan mereka dengan lebih baik dan efisien.

Mudah dan mampu jimatkan masa.

Memetik laporan media tempatan, Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, aplikasi itu membolehkan penumpang menyemak lokasi semasa bas Rapid KL untuk hampir 170 laluan bas di Lembah Klang termasuk bas perantara LRT, Go KL dan SMART Selangor yang terpilih.

"Selain perjalanan bas, perkongsian data tersebut melalui Google Maps turut menyajikan pilihan perjalanan lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, memberikan maklumat hentian bas dan jangkaan masa perjalanan.

"Berbekalkan maklumat-maklumat ini, penumpang boleh melakukan aktiviti lain ketika menanti bas mereka menuju ke hentian," katanya.

Menurut perancangan masa depan syarikat itu, beliau berkata, Rapid Bus akan meluaskan capaian aplikasi data itu meliputi bas perantara MRT, Rapid Penang, dan Rapid Kuantan.

Selain itu, dengan adanya data Google Maps ini, korang tidak perlu lagi merujuk Pusat Panggilan, tetapi boleh mengetahui kedudukan semasa bas Rapid sebelum merancang perjalanan.

Ini dapat membantu korang yang selama ini terpaksa menggunakan masa sejam untuk perjalanan menaiki bas Rapid kini menjimatkan 45 minit dengan data Google Maps ‘real time’ kedudukan bas.

Jadi, tunggu apa lagi? Jika korang salah seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas Rapid, cepat-cepat la muat turun aplikasi tersebut.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca