Rawatan tanpa pembedahan, lebih selamat dan rendah risiko
RAWATAN tanpa pembedahan untuk sakit sendi, urat dan tulang bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat kita kini.Kaedah rawatan termoden itu boleh dilakukan pesakit yang berdepan dengan masalah radang sendi dan kesakitan kronik. Kosnya juga dikatakan lebih murah daripada melakukan pembedahan.
Dengan teknologi perubatan yang canggih dan kepakaran yang dimiliki, Pusat Pakar Perubatan Sendi Urat dan Tulang, Seberang Jaya, Pulau Pinang tampil memberi pilihan kepada pesakit untuk menggunakan kaedah rawatan berkenaan bagi merawat masalah yang mereka alami.
Pemilik pusat perubatan berkenaan, Dr Anwar Samhari Mat Arshad berkata, premisnya yang beroperasi sejak tahun 2013 mempunyai kepakaran khusus untuk merawat penyakit seperti Systemic Lupus Erythematosus, psoriasis arthiritis, sakit lutut dan semua jenis radang sendi serta otot.
Berdasarkan profil, Dr Anwar yang juga Pakar Perunding Reumatik dan Sakit Kronik turut berpengalaman luas bukan sahaja pada peringkat nasional, malah kepakarannya turut mendapat perhatian industri perubatan antarabangsa.
Beliau juga diiktiraf sebagai pakar reumatologi pertama di Asia dan diberi penghargaan menjadi Felo Interventional Pain Practitioner oleh World Institute of Pain.
"Pendek kata, semua jenis penyakit sendi, urat dan tulang, selain penyakit dalaman, insya-ALLAH kita boleh bantu. Dalam hal ini, kebanyakan masyarakat Malaysia tidak tahu mereka ada pilihan kerana bukan semua masalah yang dihadapi (sakit sendi, urat dan tulang) hanya boleh berjumpa pakar ortopedik dan melakukan pembedahan,” katanya.Jimat kos
Mengulas lanjut, Dr Anwar berkata, teknik yang ditawarkan pihaknya itu sebenarnya bukan mahu melengahkan pesakit daripada melakukan pembedahan, tetapi menawarkan kaedah konvensional yang kurang drastik melalui rawatan yang berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini dalam dunia perubatan dan dipercayai lebih selamat.
Antaranya, beliau mempraktikkan kaedah rawatan radiofrekuensi dan beberapa suntikan tertentu.
Prosedur tersebut katanya, tidak mengambil masa yang panjang, malah berkesan termasuk merawat kesakitan kronik seperti cakera tergelincir, sakit tengkuk dan migrain.
Selain itu, masalah angin yang sinonim membelenggu warga emas, gout dan ankylosing spondylitis yang mengakibatkan keradangan sendi-sendi tulang belakang juga boleh diatasi.
"Rata-rata pesakit terutama mereka yang berusia antara 55 hingga 60 tahun menghadapi masalah sendi seperti 'kurang minyak hitam' dan kehausan sendi yang sebenarnya boleh dirawat tanpa perlu melakukan pembedahan (yang mungkin menelan belanja lebih kurang RM30,000).
"Orang muda juga berisiko menghadapi masalah radang sendi, malah sekiranya rasa sakit selepas berjalan agak lama atau selepas bangun tidur atau kurang pergerakan, mereka perlu mendapatkan nasihat dan rawatan doktor,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Anwar berkata, bagi kes pesakit yang menghadapi kesakitan kronik, kaedah intervensi akan digunakan bertujuan mempercepatkan pemulihan.
Menurutnya, kaedah itu menjadi pilihan kedua jika ubat tahan sakit atau antiradang yang diambil kurang berkesan.
"Ia dilakukan dengan bantuan sinar X-ray bagi mengesan tempat yang bermasalah. Antara cara yang digunakan seperti injeksi ke dalam sendi, injeksi botox pada otot, injeksi pada saraf yang sakit atau beberapa prosedur lain mengikut masalah yang dihadapi pesakit seperti suntikan plasma platelet atau saraf yang cedera.
"Fisioterapi dan kaedah senaman yang betul juga akan diajar kepada pesakit bagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami," jelasnya.
ANTARA fasiliti di Pusat Pakar Perubatan Sendi Urat dan Tulang, Seberang Jaya, Pulau Pinang:
- Memiliki 20 tenaga mahir termasuk pakar fisioterapi dan juru X-ray serta enam jururawat terlatih.
- Terdapat wad harian yang mempunyai empat katil, bilik prosedur, pusat pemulihan dan fisioterapi, perkhidmatan ultrasound dan X-ray, farmasi yang lengkap, surau dan bilik rehat.
- Pusat pakar berkenaan menyediakan kemudahan pembayaran ansuran mudah yang membolehkan pembayaran sebanyak empat hingga enam kali dibuat, selain menerima pesakit yang mempunyai kad perlindungan insurans.
- Kaedah pembayaran yang fleksibel itu membolehkan pesakit menerima rawatan daripada pakar dengan harga caj yang amat berpatutan.
- Pusat berkenaan juga menyediakan kemudahan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk menampung kos rawatan di sana.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang