Resipi biskut cip coklat ala Famous Amos, confirm jadi!
APABILA lalu di depan kedai yang menjual biskut Famous Amos ni, mesti ramai yang ‘tergoda’ dan ingin merasai keenakannya. Aroma sangat wangi, membuatkan kita teringat-ingatka kerangupannya
Biskut adalah menu wajib dihidangkan pada hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sebagai contoh biskut cip coklat ini. Dengan resipi yang dikongsikannya ini, anda boleh membuatnya sendiri, lebih menjimatkan.
Rasa enak mentega dan pahit manis daripada cip coklat serta kerangupannya membuatkan ramai yang suka akan biskut cip coklat. Resipi yang dikongsi di Majalah Keluarga ini boleh dijadikan panduan.
Resipi ini cukup ringkas dan memudahkan sesiapa yang ingin mencuba. Hanya gaul sahaja menggunakan senduk, tidak perlu menggunakan mesin pengadun. Walaupun cara penyediaan ringkas, cukup memuaskan hati. Rasa rangup, lembut dan rasa sederhana membuatkan ia lazat.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan biskut cip coklat
Bahan A
250 gram marjerin
1 1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bahan B
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (dimasukkan akhir sekali)
Baca juga: Kek Kayangan Lotus Biscoff Cheesecake tak perlu bakar dan loyang!
Cara penyediaan
1. Kacau sebati semua bahan A
2. Masukkan bahan B dan kacau semua sekali kecuali coklat cip
3. Bila agak sebati, baru tambahkan pula cip coklat.
4. Sejukkan adunan ini dengan memasukkannya ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
5. Selesai disejukkan, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar. Adunannya memang agak lembik, jangan risau.
6. Bentukkan dan susun di atas loyang yang sudah disapu dengan marjerin. Semasa menyusunnya di atas loyang, jarakkan jauh sedikit antara satu sama lain bagi memberi ruang untuk biskut mengembang semasa dibakar.
8. Bakar selama 20 minit pada suhu 150° darjah Celcius dengan menggunakan oven pada mod api atas bawah. Suhu ini perlulah mengikut kepanasan oven masing-masing.
9. Apabila biskut mengembang dan baunya harum semerbak, itu tandanya biskut sudah masak dan boleh dikeluarkan daripada oven.
10. Siap! Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Nampak sedap biskut ini. Baunya juga tentu wangi. Mudah sahaja langkah untuk membuat biskut Famous Amos ini. Lain kali tak perlulah korang beli lagi. Diharapkan resipi ini dapat membantu korang menyediakan biskut raya air tangan sendiri untuk santapan keluarga.
Sumber: Myra Chaqkey
Baca juga: Laksam hispter ceria sungguh warnanya. Ikut sukatan cawan sahaja, serius sedap
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang