Resipi apam pandan coklat gebu

A
A
A

RESIPI apam memang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Sejak zaman nenek kita dahulu lagi juadah kuih apam sememangnya digemari setiap lapisan masyarakat dan peringkat usia.

Selari dengan peredaran zaman, tiada salahnya jika resipi kuih lejen ini diinovasi mengikut kegemaran orang masa sekarang. Pastinya menarik dan menambat selera mereka yang gemarkan kelainan rasa.

Seperti inovasi menu ini yang tidak terlalu ekstrem, barangkali resipi apam pandan coklat gebu yang tular di media sosial ini boleh dicuba.

 

Resipi apam pandan coklat gebu:

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung Blue Key/ tepung gandum+1sk baking powder (pilih salah satu)

Santan Kara 1 kotak 250ml

Gula 1 cawan

Ovalet 1sd

Telur 4 biji

1sk pewarna hijau

1sk esen pandan/ pes pandan

1sb serbuk koko

Cara-caranya:

1. Pukul telur, gula dan ovalet dalam mixer hingga gebu bertukar warna putih, kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli.

2. Campurkan sampai semua bahan sebati dan gebu.

3. Bahagikan adunan kepada dua bekas berasingan. Buat perasa pandan, campurkan pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko dan gaul sebati.

3. Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye.. Mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti.

Cara saya hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis. Ikutlah korang nak paip ke macam mana..

4. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit sahaja okey. Jangan lebih masa!!

Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Nnti hodoh pulak apam.

Selamat mencuba!

Kredit: Fatin Bakery

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca