Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

A
A
A

CENDOL  memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Apatah lagi kalau dicampurkan dengan santan dan gula Melaka. Memang terangkat!

Ia juga menjadi juadah pilihan ramai di bulan Ramadan. Cara membuatnya pun sangat mudah, berbaloilah dicuba pada musim cuti sekolah ini untuk santapan minum petang bersama keluarga.

Berikut adalah resipi perkongsian daripada Samsinar Bustami. Baru kali pertama mencuba terus berjaya. Cantik berkilat, 'elok kejadiannya.'

"Siap cendol homemade. Alhamdulillah menjadi dan puas hati. Bolehlah makan-makan satu famili," kongsinya.

CENDOL HOMEMADE

Bahan-bahan

1 cawan tepung jagung

3 cawan air pandan (guna daun pandan dikisar dengan air dan ditapis)

Secubit garam.

Cara penyediaan

1-Masak semua bahan diatas di dalam periuk. Kacau sehingga likat dan berkilat.

2-Tutup api dan sediakan acuan untuk membuat cendol. Samsinar menggunakan piping bag.

3-Sediakan air ais di dalam bekas besar dan picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi.

4-Picit sehingga adunan tepung habis. Toskan dan sedia untuk dinikmati!

Baca juga: Hampir 1,500 like, resipi mudah buat Sekaya Telur, sedap makan sejuk-sejuk

"Saya makan dengan susu cair  dan air gula melaka. Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.

"Selamat mencuba. Bulan puasa tak lama lagi bolehlah buat juadah buka puasa," katanya.

Selain itu, SinarPlus juga ingin berkongsi resipi penyediaan cendol persis jualan di gerai. Campurkan semua bahan dan sedia untuk dinikmati!

Baca juga: Masak Bingka Pandan lebih mudah, cepat guna air fryer, tak perlu oven

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1.5 kg cendol

1 tin susu sejat

1 tin santan pekat

Secubit garam

Gula Melaka/ gula merah

Ais secukupnya

Baca juga: Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan

Sumber: Samsinar Bustami

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca