ESOK umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Pun demikian, orang ramai dinasihatkan kekal berada di rumah. Langkah itu bagi mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan yang mana aktiviti merentas negeri dan daerah adalah tidak dibenarkan.

Biarpun menyambut dalam suasana sederhana bersama keluarga atau teman serumah mungkin ada yang sedang memikirkan menu ringkas untuk disajikan esok bukan?

Okey, jom hari ini SinarPlus kongsikan 3 sajian air tangan selebriti tempatan berasaskan daging sebagai bahan utama.

Daging hitam adoi (Shiha Zikir)
Bahan-bahan:
– Daun kari
– Daun pandan
– 3 sekawan
– 2 biji bawang Holland (dikisar)
– 5 ulas bawang putih (dikisar)
– sedikt halian (dikisar)
– daging (diperap bersama rempah kari daging dan kicap manis)
– Air
– Kicap manis
– Gula
– Garam
– Serbuk perasa
– Satu sudu Sunquick
– Minyak masak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir)

Cara penyediaan:
1- Tumis daun kari,daun pandan dan tiga sekawan.
2- Masukkan bawang Holland, bawang putih halia yang telah dikisar.
3- Kemudian, masukkan pula daging yang sudah diperap dengan rempah kari daging dan kicap manis.
4- Selepas itu masukkan sedikit air.
5- Seterusnya masukkan pula kicap,gula garam dan serbuk perasa termasuk sesudu Sunquick.
6- Siap untuk dinikmati!

Daging dayang senandung (Rozita Che Wan)
Bahan-bahan:
– Daun kari
– Bawang merah (ditumbuk)
– Bawang putih (ditumbuk)
– Halia (ditumbuk
– Rempah kari daging
– Daging
– Kicap manis
– Air
– Kentang (dipotong saiz pilihan)
– Cili merah (dihiris)
– Bawang Holland (dihiris)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Cara penyediaan:
1- Tumis daun kari bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk.
2- Kemudian, masukkan rempah kari daging.
3- Seterusnya masukkan pula daging yang telah dipotong dan biarkan garing seketika.
4- Selepas itu masukkan kicap manis dan air sehingga daging empuk.
5- Kemudian, masukkan kentang, bawang Holland dan cili merah yang telah dihiris.
6- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Dendeng berlado (Zulin Aziz)
Bahan-bahan A: (daging)
– Daging
– Serai
– Bawang putih
– Bawang besar
– Lengkuas
– Lada hitam
– Pati daging
– Garam

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cikzulinkedapur

Cara penyediaan:
1- Rebus daging bersama semua bahan A sehingga lembut.Jangan dibuang kuahnya.
2- Goreng daging separuh garing.
3- Keluarkan dan ketuk lalu goreng semula sehingga garing.

Bahan-bahan B: (sambal lado)
– Bawang kecil
– Bawang putih
– Cili api
– Cili besar
– Tomato (dilenyek kasar)
– Limau nipis
– Garam
– Gula

Iklan

Cara penyediaan:
1- Tumis bahan-bahan dan masukkan sedikit air rebusan daging dan limau nipis.
2- Garam gula secukup rasa.
3- Kemudian biar sedikit kering sebelum digaulkan dengan daging tadi.
4- Siap untuk dinikmati bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram selebriti