KEK merupakan kudapan yang pasti ada peminatnya. Tambahan pula yang jenis lemak, gebu dan berkrim lazimnya digemari anak-anak hinggalah dewasa.

Mahu menikmatinya pada bila-bila pun tiada salahnya. Yang penting ada bahan dan sedikit usaha.

Buat peminat kek  butter dan keju, ini antara resipi yang boleh dicuba.

Kek butter cheese blueberry

Bahan-bahannya:
250g butter Anchor (atau apa-apa brand pon tak kisah). Nak sedap pakailah yang mahal sikit😂
250g cheese Tatura
1 1/4 cawan gula kastor
2 1/4 tawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu full cream
3 biji telur A
Esen vanila (boleh pakai butter vanilla.. 1 rumah bau wangi)
Filling blueberry secukupnya

Cara-caranya :

Iklan

1. Panaskan oven 180° C dan gris loyang 9×9 dengan shortening
2. Pukul butter + gula + esen vanilla sehingga berkrim. Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul sampai sebati.
3. Masukkan cheese pukul sebati dan masukkan susu full cream. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Akhir sekali masukan tepung yang telah diayak dan pukul
5. Masukkan adunan tadi 2 atau 3 senduk ke dalam loyang dan ratakan.
6. Kemudian letak blueberry filling menggunakan sudu kecik… (dot dot)
6. Masukan lagi adunan tadi dan ulang sehingga habis.
7. Bakar pada suhu 150°c selama 1 jam atau sehingga masak….

Iklan

Selamat mencuba – AG #JanganPutusAsaMalaysia

Kredit: Fauzi Karim